SELAGI BERNYAWA ANWAR IBRAHIM TETAP MAHUKAN KUASA POLITIK


Dahulu apabila bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad memecat Anwar Ibrahim daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri ramai yang mengutuk dan tidak kurang pula yang mencaci tindakan ini.

Malah ramai yang bersimpati kepada Anwar Ibrahim kononnya tindakan Tun Dr Mahathir itu keterlaluan dan kejam.

Maka, ramai yang mula membenci kerajaan BN di bawah Tun Dr Mahathir termasuklah beberapa pemimpin dalam BN sendiri yang tidak percaya dengan apa yang berlaku.

Bermula dari detik itu, Anwar Ibrahim dibela dan disayangi secara melampau kesan daripada lakonannya yang kononnya menjadi kekejaman pentadbiran BN.

Itulah yang berlaku pada tahun 1997 dan pada hari ini semuanya bertukar daripada simpati kepada perasaan kejam dengan apa yang berlaku di Selangor.

Sejak daripada tahun itu, Anwar Ibrahim yang pernah berpeluang merasai jawatan Perdana Menteri Malaysia sewaktu menjadi pemangku selama tiga bulan telah mendorongnya untuk terus menjawat itu.

Daripada itu, mulalah Anwar mengatur strategi sewaktu Pemilihan UMNO dan sehingga keluar UMNO dengan menubuhkan Keadilan demi untuk membawa Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri.


Krisis Menteri Besar Selangor sekarang ini juga berpunca daripada Anwar Ibrahim yang bercita-cita menjadi Menteri Besar Selangor menerusi Langkah Kajang.

"Seluruh kisah bermula dengan Anwar apabila beliau memulakan ‘Langkah Kajang’. Anwar mahu menjadi perdana menteri Malaysia," kata Dr Mahathir.

Selepas kegagalan menjadi Perdana Menteri Malaysia apabila gagal mendapat majoriti kerusi di Dewan Rakyat dalam PRU-13, Langkah Kajang adalah langkah terakhir Anwar Ibrahim untuk menjadi Menteri Besar Selangor.

Atas sebab itu, Langkah Kajang diperkenalkan sebagai cara Anwar Ibrahim menyertai kabinet DUN Selangor.

Tindakan ADUN Kajang sebelum ini yang meletak jawatan secara mengejut tetapi ramai yang boleh menghidu sebab dan musabab bekas ADUN Kajang sebelum ini meleteka jawatan.

"Bagaimanapun, Anwar Ibrahimmemerlukan sokongan bagi merealisasikan cita-cita beliau. Oleh itu, kedudukan menteri besar Selangor adalah batu loncatan untuk beliau."

Jika ini tidak juga berjaya maka tiada cara lain melainkan menyumbat Anwar Ibrahim ke dalam penjara dengan alasan meliwat Saiful Bukhari Azlan.

Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger