REAKSI KHALID IBRAHIM DI ATAS PEMECATANNYA DARIPADA PKR


Jika ramai yang bersimpati ke atas nasib Khalid Ibrahim yang baru saja dipecat PKR sebentar tadi namun itulah ketentuannya.

Mengalir air mata darah sekalipun ia tidak akan mengubah nasib Khalid Ibrahim melainkan Anwar Ibrahim dinyahkan daripada PKR.

Begitupun, Khalid Ibrahim dalam reaksi segeranya menyatakan beliau menerima keputusan PKR membatalkan keahliaannya.

Bagaimanapun beliau menegaskan akan meneruskan khidmatnya sebagai Menteri Besar Selangor sehingga isu tersebut diselesaikan mengikut peruntukan undang-undang.

"Saya menerima keputusan PKR untuk membatalkan keahlian saya dalam parti walaupun keputusan tersebut adalah salah dan cacat dari segi undang-undang.

"Pihak parti sesungguhnya keliru dengan butir-butir pertuduhan yang mahu dikenakan terhadap saya. Malah, Pengerusi Jawatankuasa Disiplin gagal menyatakan secara khusus peruntukan mana di dalam Perlembagaan Parti yang telah saya cabuli," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu. 

Khalid berkata, beliau juga akan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi memberi penjelasan kepada baginda mengenai situasi terkini yang berlaku. 

"Saya akan mengadap Sultan Selangor untuk memaklumkan kepada baginda perkembangan terbaru ini, seterusnya mendengar pandangan baginda yang boleh dikongsi. 
 
"Sehingga isu ini diselesaikan mengikut  prosedur yang betul, mengikut peruntukan undang-undang yang termaktub dalam Undang-undang Tubuh Negeri. 

"Saya akan meneruskan khidmat terbaik kepada rakyat sebagai Menteri Besar  mengikut kemampuan saya," katanya. 

Jelasnya, beliau juga telah memohon agar Jawantakuasa Disiplin menangguhkan sesi penjelasan dengan mencadangkan agar ia diadakan pada 15 Ogos ini untuk beliau memberikan jawapan balas. 

Sebaliknya Khalid berkata, Jawatankuasa Disiplin tetap meneruskan pendengaran tanpa terlebih dahulu mendengar penjelasan daripada beliau.

"Saya tidak diberi peluang dan proses yang adil untuk menjawab semua tuduhan terhadap saya mengikut tatacara yang teratur dan adil. Saya percaya ada tindakan sabotaj daripada pihak tertinggi parti," katanya. 

Terdahulu, Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR pada petang Sabtu sebulat suara memecat Khalid sebagai ahli parti  berkuatkuasa serta merta.

Share this article :
 

+ comments + 3 comments

August 9, 2014 at 11:18 PM

Pening Sultan Selangor dengan perangai Puak menjubo ni....dulu masa BN...mana ada tikam belakang ni...tu la angkat lagi si PENJUBO jadi ketua...kan keja menutoh je tak kira musuh ke kawan ke keluarga ke...janji kesedepan hati di utamakan...hidup si PENJUBO...Nasib baik si penjubo ni tak leh tukar SULTAN klu tak Sultan Selangor tahun ni nama ANWAR IBRAHIM....

August 9, 2014 at 11:20 PM

Lepas ni target si NUAR JUBO....nak jadi Sultan Selangor pulak....

samad
August 10, 2014 at 12:32 AM

Anwar tu bkn manusia tp DAJJAL. Dia buat kotor, pecat org sesuka hati dn ambik bini ank branak bolot kuasa pun macai dn penjilat ttp suka.. Plg bahlol ialah PAS. Bodoh sebodohnya brkwn dgn dajjal PR. Anwar lahanat dn sekutunta sudah menggila dn tggulah bala apa lg kt Selangor!!

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger