RAKYAT SELANGOR AKAN ADILI PEMECATAN KHALID IBRAHIM


Ramai rakyat Selangor berpendapat pemecatan Khalid Ibrahim daripada PKR dianggap sebagai suatu kezaliman. Ini disebabkan majoriti rakyat Selangor menyanjung tinggi pentadbiran Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor kerana memfokuskan kepada keperluan rakyat berbanding kepentingan parti.

Ini diakui Timbalan Ketua Pemuda PKR Selangor yang menyatakan sepanjang pentadbiran Khalid Ibrahim rakyat sentiasa diutamakan.

"Seperti yang disebut ramai orang, setahun yang lalu, inilah menteri besar terbaik yang pernah dipunyai oleh rakyat Selangor.

Biarpun bersyukur Khalid Ibrahim masih sebagai Menteri Besar Selangor namun ia tidak akan bertahan lama memandangkan kini beliau sebagai ADUN Bebas.

Bila-bila masa sahaja Khalid Ibrahim boleh dijatuhkan biarpun jawatan itu perlu mendapatkan persetujuan Sultan Selangor.

"Biar rakyat nilai dan hakimi nanti apa yang berlaku hari ini sama ada betul atau silap," kata Khairul.

Sementara itu, DAP dalam mesyuaratnya hari ini bersetuju dan menyokong pemecatan Khalid Ibrahim daripada PKR atas alasan tidak melepaskan jawatan Menteri Besar Selangor kepada Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail.

Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Dr Tan Kee Kwong berkata Khalid ingkar keputusan MPP yang sepakat bersetuju pada 21 Julai melantik Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor.

"Beliau buat kenyataan pada 22 Julai tidak akan meletakkan jawatan dan hingga hari ini beliau masih belum meletak jawatan," Dr Tan memberitahu sidang akhbar hari ini.

"Atas alasan ini, Lembaga Disiplin berpandangan beliau mesti dipecat," katanya.

Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger