PKR TERDESAK WAJIBKAN ADUN PKR SELANGOR BERSUMPAH TAAT SETIA TERHADAP WAN AZIZAH


Selepas kebanyakan pemimpin PAS dan ADUN DAP menyatakan sokongan kepada Khalid Ibrahim dalam terus memegang jawatan Menteri Besar Selangor, PKR sudah mula terdesak dengan mengarahkan semua ADUN PKR bersumpah taat setia bagi memberikan sokongan kepada Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail.

Ini bertujuan mengasingkan penyandangnya Khalid Ibrahim yang enggan berhenti dan petang ini akan menghadap Jawatankuasa Disiplin PKR bagi membicarakan kes salah lakunya sepanjang menjawat jawatan Menteri Besar Selangor.

Menurut sumber dalaman PKR, arahan bersumpah itu dibuat susulan selepas beberapa jam Khalid Ibrahim dipanggil semalam menghadiri perbicaraan Lembaga Disiplin PKR.

Difahamkan, satu salinan akuan berkanun telah dihantar kepada sekurang-kurangnya 12 daripada 14 wakil rakyat PKR di Selangor bagi membuktikan taat setia mereka terhadap arahan PKR.

Kenyataan bersumpah itu mengesahkan wakil rakyat berkenaan hilang kepercayaan kepada Khalid Ibrahim sebagai menteri besar dan berikrar menyokong Dr Wan Azizah untuk mengambil alih tugas itu.

Satu sumber lain PKR berkata, wakil rakyat perlu menandatangani beberapa borang dan menyerahkannya kepada Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim selewat-lewatnya jam 10 pagi tadi pada hari ini.

Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger