PKR TERDESAK GUNA CARA KASAR SINGKIR KHALID IBRAHIM


PKR hari ini telah mengeluarkan surat tunjuk sebab dengan meminta Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberikan sebab mengapa beliau tidak boleh dipecat?

Ini merupakan jalan terakhir bagi Khalid Ibrahim mempertahankan dirinya sebagai Menteri Besar Selangor selepas segala macam cara PKR untuk membuatkan Khalid Ibrahim berundur tidak berjaya.

PKR dengan tegas dan tetap akan melantik Presiden PKR, Wan Azizah sebagai calon pengganti kepada jawatan Menteri Besar Selangor dan mendapat sokongan daripada DAP dan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim.

Ketika ini hanya PKR saja yang masih menyokong Khalid Ibrahim seperti mana yang dinyatakan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat.

Manakala, di peringkat akar umbi PKR dan PAS masih terdapat percanggahan pendapat dengan kebanyakan mereka cenderung menyokong Khalid Ibrahim.

Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger