PKR DAN DAP DESAK KHALID IBRAHIM BUKTIKAN SOKONGAN MAJORITI DEWAN UNDANGAN NEGERI SELANGOR


Disebabkan terlalu kecewa dengan keputusan Sultan Selangor, PKR dan DAP hari ini telah membuat kenyataan media dengan mendesak Khalid Ibrahim untuk menunjukkan bukti bahawa dirinya masih mendapat sokongan daripada ADUN-ADUN khususnya PAS.

Dlam kenyataan media itu, PKR dan DAP menjelaskan kedua-dua parti itu secara terbuka bahawa Khalid Ibrahim tidak lagi mendapat sokongan sebagai Menteri Besar Selangor. Ini bermakna Khalid Ibrahim sudah hilang kepercayaan 28 ADUN iaitu separuh dari jumlah ADUN di Selangor.

PAS pula belum membuat keputusan mengenai sokongan mereka kepada YAB Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar dan Jawatankuasa PAS Pusat hanya akan bermesyuarat pada 17 Ogos 2014 ini.

Oleh yang demikian, kenyataan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim kepada pihak Istana bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti Dewan Undangan Negeri itu adalah meragukan.

Oleh yang demikian, PKR dan DAP mendesak supaya Khalid Ibrahim memanggil sidang Dewan Undangan Negeri untuk melakukan undi kepercayaan atau cara-cara lain yang boleh membuktikan bahawa beliau mempunyai sokongan dari ADUN PAS dan UMNO.

PKR dan DAP akan terus menggunakan segala kaedah mengikut Undang-undang Tubuh Negeri dan enakmen yang berkenaan untuk mengembalikan tampuk pemerintahan Kerajaan Selangor kepada Pakatan Rakyat. 

Share this article :
 

+ comments + 5 comments

August 11, 2014 at 8:25 PM

PAKATAN HARAM HANGIT DEK PERMAINAN KHALID.....BRAVO

zahar
August 11, 2014 at 8:37 PM

Pakatan Haram Jadah penub busuk taik sedang nazak.. tunggulah kemampusan Pakatan Haram.. dan PASngok pencacai murahan PR..tunggu apa lg? nk sedekah anak bini korng kd DA PKR lagi ke//??

Bodoh.. manusia bodoh dan jahat je yg still sokong PR.

August 11, 2014 at 11:36 PM

Alasannya mudah.Diorang dah tau kalau buat usul undi tidak percaya pun diorang x kan menang.

Anonymous
August 12, 2014 at 11:42 AM

Tunggulah lepas krisis ni............bee end akan porak peranda akibat pelan nya yg tidak menjadi.....

August 12, 2014 at 6:52 PM

Krisis Selangor adalah angkara Nuar.Nuar nakjadi MB melalui Kajang Move.Tapi Tuhan Maha Mengetahui,kes rayuan Nuar di mahkamah tidak menyebelahi beliau.100% Nuar akan dimasuk dlmjel selama 5 tahun.

Strategi kedua Nuar: Bini Nuar menang diKajang dan menggantikan TS Khalid.Strategi ini pun nampaknya gagal.Khalid masih mendapat restu DYMM Sultan Selangor utk terus jadi MB (sekurang2nya sehingga Nov).

Startegi2 seterusnya adalah dlm proses bertindak.ADUN2 PKR dan DAP dah pasti akan mengusul "vote of no confidence" terhadap Khalid sejurus persidangan DUN kelak.
Apa2 pun PKR dan DAP akan terus meroyan sebab PAS telah taat kpd kata putus Presiden dan Majlis Ulamanya dilketuai Nik Aziz.Bertambahlah krisis PR.

Ingat semua ini BUKAN angkara politik BN.Punca krisis Selangor adalah Nuar (KETUM PKR).Yg benar memang sukar utk diterima.Tetapi itulah hakikatnya terjadi Selangor.

sekadar pandangan

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger