PENGKHIANATAN ADUN PAS SOKONG WAN AZIZAH TIDAK BOLEH DITERIMA


PAS tetap menolak keputusan Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

PAS tidak akan sesekali mengingkari titah Sultan seperti mana yang telah disyariatkan dalam Islam supaya mengikuti kehendak dan keputusan pemimpin sekiranya pemimpin itu adil.

Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali berkata, pihaknya menjunjung titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang telah memberi perkenan kepada Abdul Khalid untuk kekal memegang jawatan berkenaan.

"Alasan kami mengenai penolakan Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor telah diberikan kepada pimpinan PKR menerus pertemuan secara tertutup baru-baru ini.

"Abdul Khalid diterima sultan sehingga satu masa. Kalau orang lain jadi menteri besar pun kita akan bersama dengan kerajaan," katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Lajnah Politik PAS malam tadi.

Hadir sama, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Timbalan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.

Mesyuarat yang diadakan selama dua jam turut membincangkan mengenai tindakan dua ADUN PAS Selangor yang menyokong Wan Azizah walaupun bertentangan dengan keputusan Majlis Syura Ulama.

Walau apa pun keputusan kedua-dua ADUN PAS Selangor itu, di sini ditegaskan PAS tidak akan menyokong Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor.

Share this article :
 

+ comments + 3 comments

Anonymous
August 15, 2014 at 11:38 AM

Tauke Kicap Cap Kipas Udang jadi MB Selangor

Anonymous
August 15, 2014 at 11:52 AM

Boleh percaya ke?
PAS ni memang kaki auta & kecut bila di warning DAPigs & PgayR

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger