PEMIMPIN ANWARINAS DALAM PAS MAHU AHLI-AHLI PAS BERHALUAN ULAMA KELUAR PAS


Khalid Samad, salah seorang anggota Jatankuasa Pusat PAS mendesak mana-mana ahli PAS yang tidak menyokong perjuangan Anwar Ibrahim dan bersikap dingin terhadap Pakatan Rakyat agar meninggalkan PAS secara terhormat.

Beliau mengakui ramai pemimpin dan ahli-ahli PAS tidak bersetuju dengan Anwar Ibrahim dan meminta secara terbuka puak-puak ini keluar dari PAS.

Menurut Khalid Samad, setiap keputusan mesyuarat hendaklah berasaskan syura dan berpendapat majoriti kepimpinan tertinggi PAS menyokong Anwar Ibrahim.

"Apabila ahli-ahli PAS ini pergi, barulah PAS akan dapat menjadi anggota yang efektif dalam PR," kata Khalid pada sidang akhbar di pusat perkhidmatannya di Shah Alam.

"Sudah tentu, dalam PAS ada berlaku perbezaan pendapat dan pandangan alternatif," katanya, mengakui ada puak dalam PAS yang tidak bersetuju dengan PR.

"Sebab itu saya katakan, mereka yang tidak bersetuju PAS tidak harus bersama dengan PR perlu meninggalkan parti dan pergi ke tempat lain."

Peranan PAS dalam Pakatan Rakyat diperdebatkan beberapa kali oleh ahli dan pemimpinnya dan yang terbaru semasa isu Menteri Besar Selangor.

Beberapa ahli secara terbuka meminta para pemimpin PAS mengkaji semula kerjasama dengan PKR dan DAP, mendakwa parti Islam terlalu banyak berkompromi.

Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
August 28, 2014 at 10:45 AM

Nampaknya PAS dah jadi Parti Anwarinas Sahaja.

Jawatankuasa pusat boleh usul undi tak yakin terhadap Hj Hadi dan kemudian singkirkan Hj Hadi dari PAS seperti Khalid Ibrahim dari PKR.

Khalid Samad boleh jadi Presiden selepas itu.

August 28, 2014 at 12:34 PM

PAS dah jadi PKR2...

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger