PAS BUAT PUSINGAN U SOKONG WAN AZIZAH DAN AZMIN ALI JADI MB SELANGOR

Seperti dijangka Mesyuarat Tergempar PAS bagi membincangkan masa depan Menteri Besar Selangor akhirnya terjawab apabila PAS tetap menyatakan sokongan terhadap Pakatan Rakyat.

Dalam sidang media hasil keputusan mesyuarat, PAS bersetuju untuk terus bersama Pakatan Rakyat atas sebab Tahaluf Siyasi dan menyokong calon pilihan Pakatan Rakyat dan memasukkan nama Azmin Ali sebagai calon pilihan Menteri Besar Selangor selain Wan Azizah.

Keputusan ini sekaligus menidakkan sokongan majoriti kepada Khalid Ibrahim dan ini pastinya membuatkan masa depan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor telah pun tergugat.

Berbeza dengan pendirian Dewan Ulama PAS yang sebelum ini menyokong kepimpinan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

PAS yang selama ini dijadikan bahan kejian dan kritikan sekali lagi akan dijadikan bahan ketawa DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat.

Tahniah PAS kerana berjaya 'dibeli' PKR dan DAP biarpun majoriti ahli PAS tidak menyenangi pendirian PAS Pusat.

Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
August 17, 2014 at 2:31 PM

Power and friendship with kafirs first;

Allah and muslims last.

That's PAS.

Very dissapointing decision.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger