MUSUH SEBENAR BN SARAWAK IALAH PEMIMPIN BN SENDIRI


Ketika ini politik Sarawak amat menarik untuk dikaji memandangkan parti politik memerintah dan pembangkang juga dilihat mempunyai masalah besar.

Jika sebelum ini kita melihat Pakatan Rakyat Sarawak berpecah ekoran kenyataan tegas daripada DAP yang mahu keluar pakatan sekiranya PAS tetap melaksanakan hukum hudud.

Demikian juga dengan PKR yang ditemplak DAP yang dikatakan berdiam diri dalam isu ini kerana dikatakan bersetuju dengan cadangan PAS untuk membawa hukum hudud ke Sarawak.

Akibatnya, kini ketiga-tiga parti pembangkang itu tidak sehaluan dan masing-masing dengan program dan aktiviti mereka sendiri dengan tiada lagi aktiviti secara bersama.

Di pihak BN Sarawak juga tidak ada kurang hebatnya apabila usaha untuk menjernihkan kembali hubungan Kumpulan 5 dan SPDP menemui permasalahan yang semakin besar jurangnya.

Dengan hasrat mahu melihat SPDP kembali bersatu nampaknya tidak kesampaian apabila kemasukan Kumpulan 5 ke dalam SPDP itu telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin SPDP yang lain.

Akibatnya niat murni Presiden SPDP sebelum ini menemui kegagalan malah menyebabkan sebilangan pemimpin dan ahli SPDP mengisytihar keluar parti dan menubuhkan parti TERAS bersama dengan pemimpin SUPP yang lain.

TEGAS ini dilihat memberi saingan kepada SPDP sehingga menyebabkan timbul krisis kepartian antara kedua-dua parti politik yang mewakili kaum Dayak itu.

Kemunculan TERAS memberikan banyak implikasi bukan sahaja kepada SPDP malah juga kepada SUPP yang kini dilihat tidak lagi relevan selepas PRN Sarawak 2006 dan PRU 2008 sehingga kini.

Sebelum itu, SUPP juga berhadapan dengan tindakan ROS untuk dibatalkan ekoran perlanggaran peraturan parti.

Demi survival politik, pemimpin SUPP yang melihat tiada lagi masa depan parti itu bertindak keluar parti dan menyertai bersama TEGAS.

Tidak lama selepas itu, wujud pula parti UPP yang diketuai Wong Soon Koh yang dikatakan mewakili kaum Cina dalam menjaga kepentingan kaum Cina.

Akibatnya, timbul kekusutan politik antara SUPP dengan UPP dalam mewakili suara orang Cina dalam politik Sarawak.

Bagi parti dominan BN, PBB menganggap kekeliruan antara SPDP, SUPP, TEGAS dan UPP boleh diselesaikan dengan sikap bertolak ansur.

Begitupun, adalah jauh sekali PBB mencampuri urusan parti politik komponennya dan sebaliknya mengharapkan isu ini dapat diselesaikan dalam menghadapi PRN Sarawak Ke-11.

Bagi Pengerusi BN Sarawak yang juga Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem menyarankan Pemimpin SUPP dan UPP agar berdamai dan memulakan usaha bersatu. 

Ini bertujuan agar usaha menyatukan masyarakat Cina di Sarawak dapat diselesaikan.

"Kita menghadapi musuh politik yang sukar dan kita boleh menawan balik kawasan (yang SUPP kalah dalam pilihan raya negeri dan parlimen yang lalu) jika kita berhenti berkelahi," katanya pada majlis makan malam sempena sambutan ulang tahun ke-55 SUPP di Kuching.

Menyifatkan SUPP sebagai rakan lama BN, beliau berkata parti itu membuat sumbangan besar terhadap politik Sarawak.

Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger