MESYUARAT PAS: SOKONG KHALID IBRAHIM ATAU BUAT PUSINGAN U SOKONG PAKATAN PEMBANGKANG


Ramai pemimpin PKR dan DAP termasuk juga BN menanti keputusan Mesyuarat PAS bagi menentukan keputusan sama ada memihak Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor atau membuat pusingan u yang bermakna PAS masih menjadi 'Pak Turut' dalam Pakatan Rakyat sekaligus membuatkan Wan Azizah dilantik menjadi menteri besar yang baharu.

Namun, ini tertakluk juga kepada perkenan Sultan Selangor dalam menentukan menteri besar dan difahamkan pihak Istana bahawa nama Wan Azizah tidak diperkenankan.

Dalam merungkai teka-teki keputusan Mesyuarat PAS hari ini, PAS hanya mempunyai 5 pilihan seperti mana yang disuarakan wartawan Utusan Malaysia.

Untuk itu, PAS tidak seharusnya menjadi 'Yes Man' ketika mana PAS kini menjadi bahan ejekan dan krtikan pedas terhadap dasar mereka yang tidak menyokong pendirian PKR dan DAP.

Malah, saban hari pemimpin PAS kerap diejek dan diperlakukan seperti tiada maruah kerana menganggap PAS sebagai pak turut.

Antara 5 pilihan yang diberikan ialah

Tetap menyokong Abdul Khalid Ibrahim, menolak Wan Azizah Wan Ismail
Tetap menolak Wan Azizah dan mencalonkan nama lain
Menyokong Khalid Ibrahim untuk membubarkan DUN
Menyokong Wan Azizah dan terus menjadi 'pak turut'
Tidak membuat keputusan, menanti langkah politik Khalid Ibrahim.

Walau apapun keputusan PAS, sepatutnya PKR dan DAP harus menghormati pendirian PAS dan mengelak mana-mana ADUN PAS mendahului keputusan parti.

Seperti biasa, ketika mana PAS menjalankan tahaluf siyasi dengan PKR dan DAP, PAS sentiasa sahaja ‘diarahkan’ untuk memenuhi apa juga kehendak politik kedua-dua parti itu.

Dalam bahasa mudah, "Kalau mereka buat tidak apa, kalau PAS buat tidak boleh.

"Apa pilihan yang PAS ada? Itulah persoalan yang bermain dalam fikiran banyak pihak apabila Jawatankuasa PAS Pusat mengadakan mesyuarat esok bagi menentukan pendirian politik parti itu berhubung isu kemelut jawatan MB Selangor berikutan pemecatan Khalid daripada PKR.

Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger