MERAJUK PUNCA PEMIMPIN PKR SARAWAK LETAK JAWATAN DAN KELUAR PARTI


Jika PKR Pusat sewenang-wenangnya memecat Khalid Ibrahim daripada PKR atas dakwaan yang tidak jelas, berbeza dengan pemimpin PKR Sarawak yang bertindak keluar parti tanpa perlu diumumkan Anwar Ibrahim mahupun Lembaga Disiplin PKR.

Difahamkan seramai dua orang pemimpin PKR Sarawak akan mengumumkan perletakan jawatan dan bertindak keluar parti.

Semua ini atas alasan merajuk kerana tidak disenaraikan dalam Majlis Tertinggi PKR biarpun selama berada dalam PKR komitmen yang diberikan sangat tinggi.

"Saya dan rakan saya berasa tidak berpuashati dengan pucuk pimpinan PKR pusat yang sering membuat keputusan tanpa bertanya pandangan dari kami," ujarnya tanpa menerangkan dengan lanjut mengenai perkara tersebut.

"Surat perlantikan jawatan (Ahli Majlis Tertinggi PKR Sarawak) kami sehingga kini pun tidak pernah diberi, seolah-olah kami tidak wujud namun apabila mereka (PKR Pusat) berkehendakkan keringat kami untuk berkerja, baru mereka mempergunakan kami.

"Dah berkali-kali kami pergi ke Kuala Lumpur bertanyakan tentang perkara ini namun tak pernah di endahkan," katanya beliau sudah memaklumkan kepada pucuk pimpinan PKR Sarawak mengenai keputusannya untuk meninggalkan parti."

Rujuk The UnReportedNews [KLIK SINI]


Sepanjang pembabitan mereka dalam PKR Sarawak, mereka dianggap seolah-olah tidak wujud di mata PKR Pusat. Sebaliknya, mereka hanya digunakan bila perlu dan tidak pernah menggunakan sebarang pendapat mereka ketika mesyuarat.

Namun, situasi ini pasti akan berubah menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak akan datang biarpun tidak dijemput.

Pada ketika itu, baharulah pemimpin PKR Pusat datang ke Sarawak berduyun-duyun kononnya mahu membantu jentera parti berkempen walhal hanyalah untuk melancong selain menyebarluaskan dakyah politik pembohong mereka.

Difahamkan juga hanya beberapa orang pemimpin PKR sahaja yang dijemput untuk bermesyuarat dengan sekadar melengkapkan forum mesyuarat tanpa mahu mendengar idea dan pendapat pemimpin PKR Sarawak.

Yang pasti hanya beberapa orang pemimpin PKR Sarawak sahaja yang terlibat dengan PKR Pusat antaranya Pengerusi PKR Sarawak. Manakala, yang lain hanya pelengkap kepada AJK PKR Sarawak.

Begitu pun, PKR Sarawak sehingga kini banyak bergantung pada kehadiran pemimpin PKR Pusat untuk ‘meramaikan’ ceramah. Jika tidak, pasti majlis ceramah hanya akan dihadiri oleh urus setia penganjur ceramah yang terdiri daripada ahli-ahli PKR sendiri.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

August 12, 2014 at 7:16 PM

Menarik sekali artikel ini.

Pd PRN ke10 pd April 2011 PKR dgn "loba" bertanding di 49 kerusi DUN dan hanya menang 3 kerusi.(DAP dpt 15 dan PAS pulang dgn 0).

PKR sebenarnya tak kuat mana pun di Sarawak.Cuma PKR pandai buat bising (tapi pandai buat kerja).Tanya kpd pekerja2/petugas2 PKR dan tanya juga bekas calon mereka.Dah dapat gaji/elaun? Adakah PKR Pusat beri wang yg cukup nak bayar semua keperluan parti di Sarawak? Hanya mereka saja yg ada jawapan.

Kadang2 kasihan tengok bbp calon PKR drp golongan pencen yg baharu pencen.Habis duit ganjaran persaraan dilabur utk berkempen.Lesap dan hangus.PKR akan cari calon2 drp golongan yg dikira ada wang sendiri.Kalau calon kaya lebih baik.(Dato Lajim Sabah pun hampir habis duit kerana nak ambil hati Nuar.)

PKR tidak akan mendengar suara Sarawak.PKR tidak mengamal tatacara demokratik dlm banyak perkara.Keputusan di tangan Nuar (KETUM).Cuba lihat apa yg terjadi di Selangor.Siapa angkaranya?

Eloklah kalau pemimpin2 PKR Sarawak meninggalkan PKR.Perjuangan anda bukan terhad kpd PKR.Landasan politik luas.

Sekadar pandangan 5sen.

Tiada niat nak mengguris hati sesiapapun.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger