LEBIH BAIK PKR KEDAH DOK DIAM BIAR PAS SAJA BERCAKAP


Krisis Pakatan Rakyat (PR) Kedah kini semakin memuncak apabila perang mulut Ketua Penerangan PAS Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor dan Ketua Penerangan PKR Kedah, Dr Azman Ismail berhubung kemelut yang menyelebungi PKR Kedah selepas pendedahan pedas di Facebook awal minggu lepas.

Biarpun Azman cuba untuk mempertahankan PKR Kedah namun alasan yang diberikannya tidak sedikit pun mencerminkan kecerdikannya sebagai pemimpin apabila tidak disertakan bukti berbanding pendedahan Muhammad Sanusi sebelum ini.

Ketua Penerangan PAS Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, pendedahannya yang dikeluarkan di media sosial itu adalah benar dan berdasarkan pengalaman yang dilaluinya sendiri.

Menurutnya, hanya individu yang mempunyai pengalaman dan merasai keperitan ‘menjaga’ PKR semasa zaman pemerintahan PAS di Kedah mampu menceritakan kebenaran situasi pada ketika itu.

“Ini bukan fiksyen, saya lalui sendiri. Saya tahu segalanya siapa yang lompat parti, sebab apa, dan satu dunia tahu cerita ini.

“Kalau depa (mereka) tak tahu baik duduk diam, jangan cakap kita fiksyen, jangan dok perlekeh kita pula terutama terhadap Presiden PAS.

“Ini baru sedikit saya cerita, ada banyak lagi perkara dalaman yang terjadi melibatkan parti itu (PKR), tapi tidak mengapalah saya tak mahu dedahkan lagi,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Muhammad Sanusi yang juga bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah berkata, PKR di negeri ini perlu memperkemaskan parti mereka sebelum membuat teguran atau mengkritik komponen PR yang lain terutama PAS.

“Kalau depa (mereka) matang, pi (pergi) bagi elok dulu parti depa, perkemaskan dulu jentera mereka, bagi ada kredibiliti calon-calon, kemudian baru boleh bertengkar (kritik) dengan parti kita (PAS).

“Depa dahulu (semasa pemerintahan PAS) tak mampu pun nak angkat satu jari telunjuk, nak tunjuk siapa calon menteri besar, tapi bila jadi begini depa nak kritik kita pula tak matang dan sebagainya.

“Saya sebenar tak mahu ulas dan tidak mahu panjangkan perkara ini, saya hanya nak menjelaskan keadaan sebenar, jadi saya harap mana-mana pemimpin yang tidak tahu keadaan sebenar baik mendiamkan diri daripada mengeluarkan kenyataan,” katanya.

Beliau menjawab kritikan Ketua Penerangan PKR Kedah, Dr Azman Ismail yang membidas pendedahan Muhammad Sanusi mengenai situasi PKR di negeri semasa pemerintahan PAS dengan mendakwanya sebagai fiksyen dan tidak matang.

Azman dipetik berkata  setiap pemimpin dalam PR juga mempunyai persepsi sendiri terhadap parti namun ia perlu menggunakan cara yang betul untuk menyuarakannya.

Muhammad Sanusi sebelum ini mendedahkan PKR semasa pemerintahan kerajaan PR di Kedah melalui Facebook dan mendakwa bukan berniat untuk membuka pekung dan memanjangkan kemelut di Selangor tetapi mahu menunjukkan keadaan sebenar krisis melibatkan menteri besar serta pengorbanan PAS di Kedah.


Kenyataan itu dikeluarkan Muhammad Sanusi ekoran dua pemimpin PKR, Setiausaha Agung, Saifuddin Nasution dan Pengarah Strategi, Rafizi Ramli yang menjadikan krisis di Kedah di bawah pentadbiran PR sebelum ini sebagai contoh terhadap situasi di Selangor yang dianggap tidak wajar dan berlainan sama sekali.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger