KONGRES PKR 2014 SIRI 3: HUJAH LAWAK ZURAIDA KAMARUDDIN PEMIMPIN PKR


Hujah Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin lebih melucukan apabila beliau dilaporkan berkata, UMNO akan kalah 56-0 jika pilihan raya diadakan di Selangor.

Kenyataan itu boleh dianggap hanya satu khayalan, tidak berpijak di bumi nyata dan untuk menyedapkan hati sahaja.

Ini memandangkan jika pilihan raya di negeri itu diadakan, PKR bukan sahaja tidak akan mampu mempertahankan kerusi sedia ada malah pakatan pembangkang juga berkemungkinan akan kehilangan kuasa.

Ini memandangkan pakatan pembangkang bertahan di Selangor kerana kredibiliti Abdul Khalid, sekarang beliau sudah dipecat daripada parti itu secara tidak terhormat dan PKR mahu meletakkan Wan Azizah yang rakyat negeri itu amat memahami sejauhmanakah kemampuan beliau untuk memimpin.

Oleh itu tidak perlulah Zuraida bermimpi di siang hari sebaliknya menerima hakikat bahawa rakyat negeri tersebut tidak boleh diperbodohkan dengan sewenang-wenangnya .

Tambahan pula PKR kini mempunyai hubungan cukup dingin dengan Pas yang merupakan penggerak utama kepada kempen pilihan raya pakatan pembangkang.

Ahli-ahli Pas pasti tidak akan melupakan kenyataan-kenyataan pemimpin PKR yang memperlekehkan pemimpin Pas dalam isu perebutan kerusi MB Selangor.

Begitulah serba sedikit catatan mengenai kongres PKR yang jelas membuktikan perjuangan untuk rakyat hanyalah sekadar retorik politik bagi memuaskan nafsu politik pemimpin parti tersebut.

Pemimpin PKR berhujah seolah-olah parti merekalah yang paling sempurna, tindakan politik mereka yang paling bijak dan merekalah paling sesuai untuk memerintah Selangor dan negara ini.

Hakikatnya, PKR hanyalah sebuah parti yang sedang dilumuri pelbagai masalah sama ada luaran mahupun dalaman tetapi kebijaksanaan pemimpinnya bersandiwara memungkinkan segala keburukan mampu ditutupi dan segala kepalsuan mampu dilindungi.

Tetapi percayalah sikap hipokrit pemimpin PKR tidak akan bertahan lama kerana rakyat semakin memahami wajah sebenar parti yang ditubuhkan melalui demonstrasi jalanan tersebut.


Sumber: Utusan Malaysia
Share this article :
 

+ comments + 4 comments

Anonymous
August 26, 2014 at 3:30 PM

ORANG AMPANG SEMUA BENCI GILER KAT ZURAIDA...

BANDAR BARU AMPANG, AMAPANG CAMPURAN, AMPANG TASEK TAMBAHAN, AMPANG LEMBAH JAYA UTARA & SELATAN, TAMAN KOSAS, AMPANG INDAH, BUKIT INDAH, KG MELAYU AMPANG...

WOOOI MAK LAMPIR MAJRITI KAMI NAK KAN PILIHANRAYA SUPAYA KAMI BOLEH NYAHKAN KAMU DRP BUMI AMPANG..

DUDOK DI KG MELAYU AMPANG, MAJORIT PENYOKONG UMNO.. MAK LAMPIR NIE OTAK KAT LUTUT.

Anonymous
August 26, 2014 at 3:45 PM

Lawak apa pun tak bleh lawan lawak kangkung punye.

Anonymous
August 26, 2014 at 5:19 PM

Kelakarlah Anon Red Bean, tak habis lagi isu kangkung, takde modal lain ke gay boy lover.

Anonymous
August 26, 2014 at 6:05 PM

nak buat macamana dah enis terencat akal

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger