KONGRES PKR 2014 SIRI 1: HUJAH LAWAK WAN AZIZAH PEMIMPIN PKR


Wan Azizah yang sudah tidak sabar- sabar lagi untuk menjadi MB Selangor dengan lantang mengkritik kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim seolah-olah beliau seratus kali lebih baik daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang itu jika menjadi pemimpin nombor satu negeri tersebut.

Presiden yang dianggap hanya sekadar menjadi 'penghias organisasi' dan muncul setahun sekali untuk berucap, mengecam Abdul Khalid kerana tidak menggunakan dana kerajaan negeri sehingga mengabaikan kebajikan rakyat.

Wan Azizah menggambarkan seolah-olah rakyat Selangor berada dalam keadaan cukup teruk dengan dibelenggu pelbagai masalah di bawah kepimpinan Abdul Khalid.

Kalaulah soal mengabaikan kebajikan rakyat menjadi perhitungan utama Wan Azizah kenapakah beliau tidak bertanya secara jujur siapakah sebenar yang menyebabkan rakyat Selangor kini berada dalam keadaan terabai?

Bukankah suaminya yang bertanggungjawab mengatur 'Langkah Kajang' sehingga memungkinkan perebutan kerusi MB Selangor tercetus. Jika benar beliau seorang Presiden parti yang berkuasa kenapa tidak menghalang suaminya daripada berbuat demikian?

Kenapakah Wan Azizah tidak menolak cadangan Anwar supaya beliau bertanding di Kajang dan seterusnya mengelakkan amalan nepotisme berlaku?


Sumber: Utusan Malaysia 
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
August 26, 2014 at 10:50 PM

Penasihat ekonomi Selangor kan Anwar! Ankara ketamakan Anwarlah rakyat Selangor jadi begini.

Anonymous
August 26, 2014 at 11:01 PM

Bingit tengokkan orang yang syok sendiri. Tak sedarkad dia ni yang orang dipaksa Anwar untuk sokong dia?

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger