KINI GILIRAN KRISIS PAS LAWAN LIM GUAN ENG


Sementelahah krisis Menteri Besar Selangor, telah banyak kecurangan yang dilakukan PKR, DAP mahupun PAS sendiri.

Terbaru mengenai dakwaan PAS yang mana telah membangkitkan isu terowong di Pulau Pinang yang dikatakan diberikan secara rundingan terus.

Dakwaan itu sangat bercanggah dengan kenyataan Lim Guan Eng sebelum ini yang menyatakan projek itu telah diberikan berdasarkan kepada tender terbuka.

Semalam, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Nasruddin Hassan yang membangkitkan isu projek terowong RM4.63 bilion di Pulau Pinang, yang dikatakan diberi secara rundingan terus.

Kenyataan itu dijawab pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang menyifatkan serangan tersebut keterlaluan.

Guan Eng dijangka akan menjawab tuduhan yang disifatkan tanpa asas itu dalam satu sidang media yang dijadualkan pada 12 tengah hari di Pejabat Ketua Menteri, Tingkat 28, Komtar, Pulau Pinang, hari ini.

Nasruddin membangkitkan bagaimana Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim “dibantai teruk” dalam isu Lebuh Raya Kidex sedangkan projek terowong bawah dasar laut itu tidak pula disentuh.

Inilah hikmah adanya krisis Menteri Besar Selangor yang telah membuka mata ramai pihak 

Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger