KHALID SAMAD MENEGASKAN PEMIMPIN PAS TIDAK LAYAK MENJADI MENTERI BESAR SELANGOR


Biarpun PAS belum lagi mengemukakan senarai calon sebagai Menteri Besar Selangor, namun ada ura-ura PAS akan mengemukakan nama 3 pemimpin PKR.

Persoalannya, apakah tiada pemimpin PAS yang berkaliber dan hebat untuk diangkat sebagai Menteri Besar Selangor? Sedangkan kalau dilihat majoriti kemenangan mereka (PAS) amat berhak menerimanya.

Terbaru, Khalid Samad memberitahu PAS tidak akan merebut jawatan Menteri Besar Selangor.

"Saya ingin menegaskan sekali lagi PAS tidak akan merebut jawatan menteri besar Selangor kerana calon mesti mendapat sokongan majoriti," kata Khalid.

"Terdapat banyak cara untuk menentukan siapa yang mendapat sokongan majoriti, dan ini termasuk akuan berkanun."

Beliau berkata ADUN PAS Hulu Klang Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) memainkan peranan penting dalam isu Menteri Besar Selangor.

"Tindakan Saari dan Hasnul adalah penting kerana ia adalah satu petunjuk yang jelas bahawa Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak lagi mendapat sokongan majoriti."

"Walaupun ramai mengkritik kedua-duanya, tidak ada ragu kesan daripada keputusan mereka menyokong Presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail."

Berasaskan kepada kenyataan itu, salah satu nama yang akan diangkat PAS sebagai Menteri Besar Selangor ialah Isteri Anwar Ibrahim, Wan Azizah Wan Ismail.

Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
August 28, 2014 at 3:08 PM

Khalid Samad al-Gereja lah yang sebenarnya berminat agaknya!

Anonymous
August 28, 2014 at 3:12 PM

Ada ramai rupanya org pkr yg pakai topeng pas. Ambil kredit dari kerja2 pas utk naikkan pkr. Jarum kecil dh jd jarum guni, tp pas masih enak diulit mimpi... Kesian sungguh pd pas, lama sgt mabuk KETUM...!!!

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger