KHALID IBRHIM TUNAIKAN JANJI LAPOR PENYELEWANGAN SAIFUDDIN KEPADA SPRM


Seperti dalam kenyataannya semalam, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah menunaikan janjinya apabila jam 2.30 petang tadi membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap penyelewangan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution semasa Pemilihan PKR di Putra Jaya.

Sebelum ini Khalid Ibrahim telah menafikan dakwaan yang mengaitkan beliau terlibat dalam isu salah laku dan mencabar PKR melaporkan perkara tersebut kepada SPRM.

Saifuddin berkata akan mendedahkan sebab disebalik usaha penyingkiran Abdul Khalid dari jawatan yang disandangnya sekarang.

Antara kandungan laporan tersebut adalah kes-kes mahkamah yang boleh dipersoalkan mengenai integriti Abdul Khalid sebagai seorang penjawat awam.

Sebuah kes yang diselesaikan di luar mahkamah membabitkan saham Kumpulan Guthrie Berhad bernilai RM66.67 juta semasa Abdul Khalid memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu.

"Saya memandang serius tuduhan salah laku yang dilemparkan oleh Setiausaha Agung Keadilan Datuk Saifuddin Nasution. 

"Saya menafikan dakwaan ini kerana tidak benar sama sekali.

"Sekiranya Saifuddin yakin beliau juga berada di pihak yang benar, maka beliau dan rakan-rakan dalam Keadilan sepatutnya membuat laporan dengan kadar segera kepada SPRM dan Bank Negara Malaysia," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebooknya.


Abdul Khalid dalam kenyataannya menyatakan kesediaan untuk bekerjasama jika disiasat pihak pihak berkuasa.

"Saya mengambil kesempatan ini untuk menyatakan kesediaan untuk memberikan sepenuh komitmen dan kerja sama sekiranya ada siasatan dijalankan terhadap saya," katanya.

Khalid turut tidak menolak tindakan undang-undang akan diambil ke atas pemimpin dalam PKR susulan tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

"Saya berhak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kenyataan fitnah yang dilemparkan terhadap saya," katanya lagi.

Susulan dengan itu adalah wajar bagi pihak diri saya melaporkan kejadian ini kepada SPRM dalam usaha membersihkan nama diri saya dan sekaligus menegakkan kebenaran yang selama ini banyak dibayangi salah guna kuasa pemimpin tertinggi PKR.

Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
August 7, 2014 at 6:19 PM

lapor jangan tak lapor, biar pecah jerawat batu dia.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger