KHALID IBRAHIM TIDAK MENOLAK KEMUNGKINAN BUBUR DUN SELANGOR


Selepas insiden pengkhianatan 2 orang ADUN PAS hingga menjadikan Pakatan Pembangkang memperoleh majoriti simple di dalam DUN Selangor, Menteri Besar Selangor tiada mempunyai cara lain bagi menyelamatkan pemerintahannya dengan membubarkan DUN.

Sehingga kini, kerajaan Selangor bukan lagi Kerajaan Pakatan Rakyat, tetapi kerajaan PAS yang mana 4 orang Exconya menguasai DUN Selangor.

Jadi, apakah PAS akan turut menyokong PKR dan DAP selepas mesyuarat luar biasa PAS yang akan membincangkan penyertaan mereka dalam Pakatan Rakyat?

Ketika ini tiada apa yang dapat dibuat oleh Pakatan Rakyat memandangkan Sultan Selangor sekarang ini berada di luar negara sehingga 27 Ogos ini.

Khalid Ibrahim berkata beliau telah berkomunikasi dengan baginda berhubung perkembangan terbaru politik Selangor termasuk sentimen dalam kalangan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN).    

"Tuanku Sultan telah menitahkan yang baginda berpuas hati bahawa saya mempunyai sokongan majoriti anggota Dewan ketika saya menyembah taklimat pada Isnin lepas (11 Ogos).    

"Seterusnya, Tuanku Sultan telah menitahkan supaya saya tidak membuat sebarang keputusan atau pengumuman berkenaan jawatan menteri besar sehingga baginda kembali pada 27 Ogos ini untuk saya menghadap baginda," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.    

Abdul Khalid juga menasihatkan pihak berkenaan yang mendakwa beliau telah mengelirukan Sultan Selangor supaya menulis terus kepada baginda untuk mendapatkan penjelasan.   


Pada Khamis, PKR Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan beliau mendapat sokongan majoriti daripada 30 ADUN Pakatan Rakyat termasuk dirinya dan dua ADUN PAS iaitu Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) untuk mengambil alih jawatan menteri besar.    

Justeru itu, Wan Azizah berkata beliau telah mengutus surat kepada Sultan Selangor untuk mendapatkan pandangan baginda sekiranya ada keperluan bagi Speaker memanggil sidang DUN untuk memuktamadkan proses pertukaran menteri besar.    

Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger