KHALID IBRAHIM PERLU SOKONGAN PEMIMPIN PAS DAN BN UNTUK ELAK PILIHAN RAYA NEGERI SELANGOR


Krisis Khalid Ibrahim telah menampakkan bagaimana parti Pakatan Rakyat tidak bersatu dengan pemimpin PKR dan DAP memilih untuk menyokong Wan Azizah menjawat jawatan Menteri Besar Selangor manakala pemimpin PAS memihak kepada Khalid Ibrahim.

Pada hari ini, Khalid Ibrahim dijangka akan menghadap Sultan Selangor bagi membincang perihal ini agar tidak membebankan rakyat Selangor yang kini kelihatan huru-hara akibat isu Menteri Besar Selangor.

Bagaimanapun, Sultan Selangor dijangka akan memihak kepada Khalid Ibrahim atas kecemerlangannya mentadbir Selangor dan kebanyakan tugasan Khalid Ibrahim sebagai menjawat jawatan Menteri Besar Selangor sangat mementingkan rakyat.

Begitu, dalam isu ini apa-apa boleh terjadi dan tindakan alternatif perlu bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.

Bagi Pengarah Pusat Dasar Teknologi dan Kajian Antarabangsa, Kampus Antarabangsa Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Dr Azmi Hassan berkata,  kedudukan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor tidak akan tergugat dengan sokongan penuh yang diterima dari PAS

“Tidak perlu buat PRN tapi dengan syarat Khalid Ibrahim kena dapat sokongan penuh dari PAS dan BN dalam DUN untuk undi tak percaya.

“Juga cukup sekadar suara dari dua atau tiga dari Adun PKR untuk elakkan PRN. PAS ada 15 kerusi dalam Dun, BN pula 14, jadi bila gabung jadi 29 suara sokong Abdul Khalid.

Dalam pada itu, BN memang mahukan Khalid Ibrahim kekal sebagai menteri besar walaupun berbeza haluan parti.

“Dengan sokongan yang ada dari BN juga, Khalid Ibrahim boleh kekal sebagai menteri besar,” ujarnya.

Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN),  Prof Datuk Dr Mustafa Ishak  pula berkata,  PAS merupakan talian hayat yang ada untuk Abdul Khalid untuk terus kekal menerajui Selangor.

“Kemungkinan Abdul Khalid untuk lompat parti itu ada, tetapi jika ia dibenarkan dalam PR, jika tidak, memang Khalid Ibrahim tidak selamat dengan semua desakan dalaman yang mendesaknya untuk berundur,” katanya.


Yang jelas ketika ini Pakatan Rakyat kini mula berpecah dan BN seharusnya mengambil kelebihan ini untuk kembali merampas Selangor dalam usaha berkhidmat kepada rakyat.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
August 11, 2014 at 1:45 PM

Kedah dulupun ada krisis MB.... Tapi tak sempat diselesaikan.

Yang tak jujur dan pro bee end akan jatuh.

Pakatan akan semakin kukuh selepas isu ini....

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger