KHALID IBRAHIM: PECAT SAYA SELANGOR AKAN HURU HARA DAN BAHAYA


Kesimpulan daripada jawapan surat tunjuk sebab Khalid Ibrahim, ia merupakan satu tindakan merbahaya dan akan memprejudiskan kestabilan Kerajaan Negeri Selangor dan rakyat Selangor khususnya.

Itu petikan jawapan surat tunjuk sebab Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang melihat tindakan menyingkirkannya merupakan keputusan pramatang yang tidak boleh dilaksanakan.

"Ia satu keputusan tidak adil, bukan sahaja kepada saya tetapi terhadap kesemua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor dan rakyat negeri ini.

"Anggapan salah berkenaan kebolehan Pakatan Rakyat untuk mentadbir dan mengurus sesebuah Kerajaan Negeri dengan baik juga akan disebarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya.

Surat itu perlu dijawab sebelum atau pada Jumaat ini. Abdul Khalid turut mempertikaikan 'hukuman' yang akan dijatuhkan kepadanya dan menyifatkan perlu mematuhi serta menghormati peruntukan Undang-Undang tubuh Negeri Selangor.

"Saya masih mendapat sokongan majoriti dalam Dewan Negeri Selangor dan tidak terdapat apa-apa alasan saya seharusnya meletakkan jawatan.

"Ini maksud saya apabila mengeluarkan kenyataan bahawa sebarang keputusan berkenaan penukaran Menteri Besar Selangor perlu memegang kepada prinsip undang-undang dan tatacara di dalam undang-undang," jelasnya.

Dalam pada itu, Abdul Khalid mahu notis itu menyatakan dengan jelas dan spesifik semua tuduhan yang dikenakan.

"Pernyataan secara spesifik perlu dinyatakan secara bertulis, malangnya setakat ini, notis bertarikh 5 Ogos 2014 dilihat sebagai satu notis yang cacat; tanpa butir-butir relevan serta memadai bagi membolehkan saya untuk menjawab," ujarnya.

Sementara itu, Abdul Khalid turut menyatakan, 'Langkah Kajang' adalah sesuatu perkara yang tidak dibincang oleh pihak-pihak berkenaan dalam cara yang efektif dan adil kepadanya.

Tegasnya, 'Langkah Kajang' tidak pernah dipersetujui selain mengungkit tindakan Lee Chin Cheh yang meletak jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tanpa alasan munasabah mencemar prinsip demokrasi dan mengkhianati kepentingan rakyat.

"Saya kesal setelah melakukan tindakan tersebut, Chin Cheh tidak dikenakan sebarang tindakan tatatertib malah dibenarkan bertanding di peringkat Cabang.

"Ia mencemar nama baik parti di mata parti-parti komponen Pakatan Rakyat serta rakyat Selangor," katanya.

Episod drama Kajang bermula pada Januari apabila wakil rakyat penyandangnya Chin Cheh meletakkan jawatan dan dengan dengan serta merta memaksa diadakan sebuah pilihan raya.

Keputuan Chin Cheh dibuat ketika seteru antara Khalid Ibrahim dengan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali semakin memuncak.

Share this article :
 

+ comments + 3 comments

Anonymous
August 7, 2014 at 12:04 PM

Anwar nak cuba tiru umno teremgganu utk melihat power yg dia ada malangnya anwar di pertikai oleh ahli pkr sendiri dan PR.. Jawatan anwar pun tidak dipertandingkan apa punya sistem tu?

Anonymous
August 7, 2014 at 12:11 PM

Jika Wan Azizah yang menjadi MB, beliau bukan sahaja menjadi 'BONEKA' kepada Anwar malah kedua-duanya sekali berserta dengan parti PKR itu sendiri, akan menjadi 'BONEKA' kepada DAP yang akan menentukan hala tuju pentadbiran negeri Selangor terutamanya dari segi PEMONOPOLIAN KUASA agihan kekayaan ekonomi negeri Selangor. Itu yang amat diidamkan oleh DAP sebenarnya. Maka, tidak hairanlah kalau Selangor akan menjadi 'PENANG 2'. Percayalah....

Anonymous
August 11, 2014 at 2:15 PM

Amat teruk! harapkan Pakatan boleh membawa kemajuan dan kebaikan kepada negeri Selangor namun hampas.

Tiada apa yang lebih lagi rosak adalah. Pemimpin DAP & PKR hanya mementingkan keluarga dan kroni2nya. Tak berapa tahun memerintah sudah terang lagi bersuluh mereka telah menipu bukan sahaja penyokong malah pengundi2 yang baru dan atas pagar.

Jika beginilah carany, kerajaan dahulu tiadalah seburuk mana pun. Cuma beberapa kerat yang dikenal pasti berkempentingan perlulah diganti. Banyak lagi pemimpin yang berwib awa boleh diketenganhkan.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger