KHALID IBRAHIM PECAT 6 EXCO DARIPADA PKR DAN DAP

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah memecat kesemua Exco PKR dan DAP berkuatkuasa hari ini melalui surat kepada 6 Exco terbabit, kecuali Exco PKR, Rodziah Ismail yang kini berada di luar negara.

Menteri Besar Selangor itu menyatakan semua surat yang dihantar kepada lima exco, tiga dari DAP dan dua dari PKR hari ini berkuatkuasa serta.

“Exco telah membuat beberapa kenyataan dan menandatangani surat supaya diadakan satu blok tujuannya mengurangkan keberkesanan exco.

“Oleh itu saya menulis surat kepada sultan meminta supaya exco ini tidak meneruskan kerjanya di kerajaan negeri Selangor.

Berikut disenaraikan 5 Exco yang dipecat:

DATUK TENG CHANG KHIM
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian & Penyelidikan

EAN YONG HIAN WAH
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan, Pembangunan Kampung Baharu, Pemutihan Kilang Haram

ELIZABETH WONG KEAT PING
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna Dan Alam Sekitar

DAROYAH ALWI
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi & Inovasi

GANABATIRAU VERAMAN
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang, Kemiskinan Dan Kerajaan Prihatin

Tindakan ini dibuat berasaskan kepada keengganan Exco daripada PKR dan DAP bekerjasama dengan Khalid Ibrahim selepas pemecatan beliau dari PKR.

Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
August 12, 2014 at 9:10 PM

hahaha...BEBAS memimpin kerajaan PR...apa macam bro... wa respect TSKI...berjaya harungi lautan gelora... Inilah dikatakan kerajaan campuran. Kerajaan Ummah Selangor. Semoga TSKI dapat menjalani tadbiran negeri dengan bijak selepas mendapat sokongan terbuka dari BN. Syabas TKSI.

Anonymous
August 12, 2014 at 9:21 PM

CANTIK BANG KALID...TERUSKAN KEGANASANMU

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger