KHALID IBRAHIM JAWAB SURAT PANGGILAN PKR MALAM TADI DAN AKAN DIMAKLUMKAN SELEPAS JAM 10 PAGI INI


Khalid Ibrahim menjelaskan kepada media bahawa beliau telah pun menjawab surat panggilan Lembaga Disiplin PKR malam tadi dan hanya bersedia mendedahkannya pada selepas jam 10 pagi.

Begitu pun, sama ada beliau akan menghadiri sesi pendengaran Lembaga Disiplin PKR itu masih belum dimuktamadkan lagi sebaliknya akan dimaklumkan kepada media seawal jam pagi esok.

"Saya akan menjawab surat mereka. Malam ni apabila selesai program saya akan menjawab. Jawapan itu saya akan beritahu akhbar esok.

"Buat masa ini saya tak nak beritahu jawapan saya kerana jika saya beritahu, mereka tidak dapat jawapan, sudah ada jawapan.

"Saya tak nak beritahu apa yang berlaku sehingga saya jawab surat itu. Surat itu akan dijawab sebelum 10 pagi," katanya kepada media di kediaman rasminya di Shah Alam Selangor selepas sesi sembahyang hajat bagi mengekalkan jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor.

Lembaga Disiplin PKR memanggil Khalid esok atau Sabtu bagi memberi penjelasan berhubung enam perkara termasuk isu Lebuhraya Kidex dan konsesi air Selangor.

Pengerusi Lembaga Disiplin, Tan Kee Kwong juga meminta Khalid menjawab isu elaun baharu menteri besar, kenaikan kadar lesen perniagaan dan pinjamannya dengan Bank Islam.

Khalid diminta menghadiri perbicaraan itu pada jam 3.00 petang esok di ibu pejabat PKR atau alternatifnya sebelum jam 12.00 tengah hari pada Sabtu.

Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
August 8, 2014 at 8:22 AM

TSKI...

Minta Tangguh kerana ada urusan peribadi ker, urusan resmi MB Selangor ker, Mengadap Sultan ker...

Pandai2 ler cari alasan,... janji tangguh ajer, tengok aper akal puak PKR biar depa kelam kelibut sikit jer...

haa haaa.. biar pening kepala nuar

Anonymous
August 8, 2014 at 9:24 AM

Belajar dengan Nuar cara tangguh-tangguh sepertimana Nuar buat kat mahkamah.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger