KHALID IBRAHIM AKAN JUMPA SULTAN SELANGOR UMUM KEPUTUSAN PAS BUAT PUSINGAN U


Susulan daripada keputusan PAS yang mengumumkan keputusan Mesyuarat Tergempar PAS pagi tadi yang sebulat suara menyokong kepimpinan Pakatan Rakyat dan bersetuju menyokong calon baharu Menteri Besar Selangor Wan Azizah Wan Ismail dan dalam masa yang sama juga mengangkat nama Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebagai calon baharu alternatif.

Keputusan ini sememangnya telah dijangka memandangkan PAS tidak pernah membuat kejutan apatah lagi mahu bersendirian kerana menyedari mereka sanggup diperalatkan PKR dan DAP.

Apa pun, Khalid Ibrahim dalam kenyataan medianya akan memaklumkan keputusan semasa ini kepada Sultan Selangor bagi mencari jalan penyelesaian terhadap kemelut Menteri Besar Selangor ini.

KENYATAAN MEDIA
17 OGOS 2014

SAYA AKAN MOHON MENGHADAP DYMM SULTAN SELANGOR BERKENAAN STATUS MENTERI BESAR

Saya menerima dengan hati terbuka keputusan Parti Sa-Islam Malaysia (PAS) berkenaan status Menteri Besar dan barisan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor.

Dengan perkembangan terbaharu ini, saya akan memohon menghadap DYMM Sultan Selangor untuk memberi nasihat tentang langkah-langkah seterusnya.

Sehingga DYMM Sultan membuat keputusan muktamad, saya akan meneruskan pentadbiran kerajaan Negeri Selangor bersama 4 ahli MMKN daripada PAS akan meneruskan pentadbiran bagi memastikan rakyat tidak terkesan dengan krisis politik ini.

Saya mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan dan semua rakyat Selangor atas sokongan dalam usaha bersama untuk menjayakan agenda reformasi di Selangor.

Saya juga berterima kasih atas kesabaran semua pihak dalam penyelesaian isu dan perkembangan-perkembangan terkini mengikut tatacara yang betul dan berasaskan undang-undang.

Insya’Allah, rakyat Selangor akan terus dipelihara dan diberkati Allah SWT.

TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
YAB DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Share this article :
 

+ comments + 6 comments

August 17, 2014 at 9:00 PM

Akhirnya .. seolah olah...saya ulangi lagi sekali ...seolah olah... cadang PAS langsung tidak diterima oleh DAP dan PKR

Kerana selepas mesyuarat majlis presiden PR..nama yg diangkat hanyalah wan jijah.. sedangkan ini hanya peringkat cadangan..yg memilih dan menentukan atau kata putusnya terletak secara mutlak ke atas Baginda Sultan.. mengapa tidak di masukkan nama Azmin atau siapa sahaja sebagai meraikan kuasa bagainda untuk memilih?? Kalau satu nama seolah olah mahu memaksa Sultan menerima cadangan tanpa pilihan.. seolah olah cakap dan kehendak KETUM AL JUBURIT mesti diikutI dipatuhi oleh semua dari rakyat marhaen, hingga presiden hingga ke Sultan !!!

Alasannya Azmin menolak, mengapa tidak dicadanglah nama lain dan majlis president boleh buat keputusan, bukakah presiden untuk dipatuhi???

Kebobrokan PKR makin terserlah, kekaldaian pas makin terdedah..DAP hanya perlu menolak bidak

Anonymous
August 17, 2014 at 10:34 PM

TSKI pencetus CEO Selangor selain nama lazim MB Selangor. Seorang berpengalaman luas dalam bisnes koporat selain pernah ceburi politik dalam UMNO dan PKR.Kerjaya politik sewaktu dalam PKR terserlah setelah beliau berjaya diangkat oleh DSAI sebagai kerusi presiden PKR Selangor selain MB Selangor. Kini TSKI dihukum DSAI supaya melepaskan jawatan MB untuk di gantikan dgn.DSWA. Persoalan skrg. adakah DSWA berkebolehan atau mampu menangani gelombang krisis politik. krisis air dan memenangi hati Sultan dan rakyat di Selangor ? Mungkin petanda awal tindak tanduk PAS bermula dengan tidak menyokong dan kemudian baru menyokong sebagai isyarat PAS Selangor tidak ada chemistry dengan DSWA.Fenomena trauma CEO TSKI juga bakal menjadi igauan kepada PKR Selangor.

Anonymous
August 17, 2014 at 11:49 PM

Minta maaf bro! Ikut undang2 Tubuh, DYMM perlu diberi pilihan dulu untuk bubarkan DUN atau tidak, jika tidak barulah TSKI dikehendaki meletakkan jawatannya. Tuanku titah dah tunggu hingga dia balik pada 27 Ogos. TSKI kenalah tunggu dulu. Yaang lain tunggulah juga. Bukan begitu? Sementara tu duduk diam2 dan jangan meroyan.

Anonymous
August 17, 2014 at 11:51 PM

TSKI betul dan tidak bohong bila mengadap DYMM bahawa dia ada sokongan majority atas representasi PAS (dan UMNO). Atas sebab itu, betullah DYMM titah TSKI masih boleh terus jadi MB. PASlah yang perlu jawab kenapa kata sokong TSKI kemudiannya dua ahlinya belot. Inilah massalah bila masih nak ikut telunjuk punaisihat dari penasihat. Jika Pakatan ada majority, tunggulah sessi DUN bulan November untuk undi tidak percaya. Nak kelam kabutkan rakyat apa hal??? Masaalah dalaman PKR dan PAS bukan hal yang DYMM patut campur. Memang Istana tak ada campurtangan pun. Malahan, pihak2 yang mendakwa ada campurtangan Istana dan pinta Istana jangan campurtangan sebenarnya mereka itulah yang telah mencampuri urusan Istana.

August 18, 2014 at 3:28 PM

Sesiapa boleh tunjukkan bukti atau kenyataan rasmi DYMM Sultan bahawa baginda tidak berkenan dgn Dr Azizah sbg MB Selangor?

Mungkin saya tersilap atau overlooked aspek tersebut.Saya tak terjumpa pun di mana2 (setakat yg saya bacalah) kenyataan "tersebut".

Anonymous
August 19, 2014 at 9:22 PM

cannonkapit:: Yang TAK makan babi jer yang terjumpa. Yang MAKAN babi, semua benda tak nampak. Saya tak maksudkan makan babi secara terang-terangan. Maksud saya ada UNSUR BABI dalam makanan. Contohnya, KEK HARIJADI hadiah daripada orang kafir. Tah-tah ada unsur NON HALAL. Bila dah banyak sangat unsur babi dalam diri, perasaan sayang kepada KAFIR HARBI akan menjadi semakin mendalam sampaikan saudara Islam pulak dianggap musuh. Kalau sambung makan unsur babi lagi tiga tahun, cium bontot kafir harbi pun sanggup ler.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger