KETUA AMK SHAMSUL ISKANDAR @ SHAMSUL KETOT AKUI MEMFITNAH JAMIL KHIR BAHAROM


Lagaknya sebelum ini lantang menyerang Menteri di Jabatan Perdana Menteri sehingga menidakkan sebarang jawapan yang diberikan oleh Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam usaha mempertahankan jawapannya.

Sememangnya Allah sentiasa bersama orang yang dizalimi dan akhirnya pintu kebenaran terbuka jua.

Ekoran tiada lagi kata-kata yang boleh memfitnah, akhirnya Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin terpaksa menyerah diri dengan memohon maaf secara terbuka kepada Jamil Khir Baharom.

Shamsul Iskandar, dalam kenyataannya yang dibacakan di dalam kamar Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nor Bee Ariffin, menyatakan kesal dengan pernyataan yang dibuatnya berhubung isu permohonan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah disalah erti dan menimbulkan kekeliruan sehingga wujud persepsi negatif terhadap Jamil Khir.

Dalam kenyataan itu, Shamsul Iskandar memohon maaf terhadap Jamil Khir atas segala kekeliruan dan salah tanggapan yang timbul daripada pernyataan yang dibuatnya.

Peguam Adnan Seman@Abdullah, yang mewakili Jamil Khir, ketika ditemui pemberita berkata Hakim Nor Bee merekodkan penghakiman persetujuan itu dengan dihadiri peguam Fahda Nur Ahmad Kamar yang mewakili Shamsul Iskandar.

Adnan berkata sehubungan itu anak guamnya (Jamil Khir) menarik balik saman itu tanpa sebarang perintah kos.

Bercakap kepada media di luar mahkamah, Jamil Khir berkata dengan permohonan maaf yang dibuat Shamsul Iskandar itu, ia dapat membersihkan dirinya daripada salah faham.

"Di kamar mahkamah tadi, beliau telah menyatakan permohonan maaf dan saya amat terbuka dengan kenyataan ini bagi menyelesaikan kes yang telah saya failkan.

"Saya merasakan sempena bulan Syawal yang mulia ini, segala tuduhan yang dilemparkan kepada saya itu, apabila dia membuat permohonan maaf, ia wajar untuk saya sambut dengan sebaiknya dan mengharapkan segala tuduhan dan pernyataan maaf ini dapat membersihkan diri saya daripada salah faham," katanya.

Shamsul Iskandar pula berkata kes saman itu telah selesai secara baik dan kedua-dua pihak tidak bercadang untuk memanjangkan isu berkenaan.

"Kes saman telah selesai secara baik dalam suasana mood raya, kita buat rundingan dan kedua-dua pihak bersetuju dengan terma-terma penyelesaian, saya fikir dalam konteks ini kedua-dua pihak tidak bercadang untuk memanjangkan lagi," katanya.

Pada Mei 2012, Jamil Khir memfailkan saman itu dan menamakan Shamsul Iskandar sebagai defendan dengan mendakwa Shamsul Iskandar telah mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadapnya ketika mengulas mengenai isu sumpah dakwaan liwat yang dibuat ke atas Anwar yang ditayangkan secara langsung oleh RTM dalam satu forum bertajuk 'Pengurusan Persepsi' pada 30 Mac 2012.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Jamil Khir mendakwa perkataan-perkataan fitnah tersebut membawa maksud beliau seorang yang menentang serta menghalang pelaksanaan undang-undang syariah berkaitan qazaf dan menyalahgunakan kuasa untuk menghalang pendakwaan qazaf seperti yang dituntut Anwar.

Jamil Khir, dalam pernyataan tuntutannya, juga mendakwa pada 31 Mac 2012 beliau telah membuat kenyataan kepada media bagi menuntut Shamsul Iskandar mengemukakan permohonan maaf dan menarik balik kenyataannya itu, namun defendan (Shamsul Iskandar) gagal berbuat demikian sebaliknya mencabarnya untuk berdebat.

Katanya kenyataan fitnah itu sekali lagi dikeluarkan Shamsul Iskandar semasa ceramah anjuran PKR Cabang Bukit Katil di Taman Sin Hoe, Bukit Baru, Melaka, pada 1 April 2012.

Jamil Khir mendakwa reputasi dan maruahnya terjejas disebabkan perkataan-perkataan fitnah itu yang ditayangkan secara langsung di saluran TV1 oleh RTM dimuat naik ke YouTube dan laman-laman web termasuk blog defendan shamsuliskandar.wordpress.com yang boleh diakses pengguna Internet.

Oleh itu, Jamil Khir menuntut satu perintah injunksi dikeluarkan bagi menghalang defendan mengeluar, menerbit atau mengedar sebarang kenyataan sama ada lisan atau bercetak, ganti rugi am, ganti rugi teruk, faedah, kos atau relif lain yang difikirkan sesuai.

Share this article :
 

+ comments + 3 comments

Anonymous
August 9, 2014 at 10:21 AM

sesekali akan rasa geram dan panas hati bila membaca berita saman kepada pihak pencacai pembangkang diselesaikan dengan meminta maaf. menjadi trend pulak dikalangan pencacai taik pembangkang ni bila kantoi dah tak boleh nak lepas diri, akan dengan mudah minta maaf dan terlepas dari saman. bukan sekali dua, malah dah berpuluh kali dan berpuluh kes. tapi bila mengenangkan bahawa apa yang berlaku itu adalah teladan dan boleh dijadikan perbandingan antara pembangkang dan pihak kerajaan. pihak pembangkang akan menyaman habis2an, dan tak akan terima permohonan maaf. pihak kerajaan pula ada jiwa besar yang tidak mementingkan wang saman dengan memberi kemaafan begitu sahaja. semoga kes2 begini akhirnya kan membuka mata, telinga dan akal rakyat bagi menbezakan yang mana baik dan yang mana durjana.

Anonymous
August 9, 2014 at 1:46 PM

Lain kali penyelesaian mcm ni mesti disertai dgn bayaraan, dan bayaran yg dapat tu boleh diberi kepada badan kebajikan dan mcm2 lg kerja yg berfaedah. Sikit2 selesai, baca permohonan maaf, mudahnya....

Anonymous
August 10, 2014 at 8:00 AM

Layak kah kepala amk ni jd ketua...dh fitnah org ...klu jadi pemerintah ada gaya jadi dajal...fitnah sana sini....sungguh malang la amk....lagak gaya garang tp rupanya temberang....x malu kah amk macai bawahan

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger