KEPUTUSAN MESYUARAT MAJLIS SYURA ULAMA PAS BERI TAMPARAN KERAS TERHADAP ANWAR IBRAHIM


Hasrat untuk melihat Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail menduduki kerusi jawatan Menteri Besar Selangor semakin sukar apabila keputusan mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS memihak kepada Khalid Ibrahim.

Untuk itu, PKR dan DAP tidak perlu menunggu keputusan Mesyuarat PAS yang dijadualkan pada 10 Ogos ini kerana keputusan mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS akan mempengaruhi Mesyuarat PAS.

Ini kerana PKR dan DAP hanya menunggu kata putus daripada pihak PAS sahaja bagi memuktamadkan pilihan mereka untuk mengangkat Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor.

Ketika ini PAS telah diasak teruk daripada pelbagai sudut oleh PKR dan DAP berhubung keenganan PAS mengikut telunjuk PKR dan DAP.

Berikut kenyataan media yang dikeluarkan majlis tersebut.

Merujuk kepada Fasal 3 Perlembagaan PAS, bahawa dasar PAS ialah Islam, dan Fasal 6(2) bahawa antara usaha PAS adalah “memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syariat serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara” ,

Maka, Majlis Syura Ulamak PAS yang telah bersidang pada 9 Syawal 1435 bersamaan 6 Ogos 2014 di Kota Bharu telah membuat keputusan berasaskan hukum syarak dan melihat kepentingan rakyat yang mesti mendahului kepentingan individu dan parti seperti berikut:

“Bahawa jawatan Menteri Besar Selangor adalah hak bersama yang telah dipersetujui oleh ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat untuk meneruskan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar di Selangor bagi penggal kedua selepas Pilihanraya Umum ke-13. Maka selagi tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah yang mewajarkan Menteri Besar itu digugurkan, Majlis Syura Ulamak PAS memutuskan untuk mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Jika sekiranya ada pertuduhan yang disabitkan bersalah kemudiannya oleh pihak yang berautoriti seperti SPRM atau Mahkamah maka Majlis Syura Ulamak bersedia untuk menilai kembali kedudukan beliau.

Majlis Syura Ulamak menegaskan sekali lagi bahawa PAS akan tetap istiqamah dengan dasar dan prinsip perjuangan Islam sebagaimana yang termaktub di dalam perlembagaannya dan terus memberi komitmen bersama Pakatan Rakyat .

Datuk Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia

Datuk Dr Haron Din
Timbalan Al-Mursyidul Am, 
Parti Islam Se-Malaysia

Share this article :
 

+ comments + 4 comments

Anonymous
August 7, 2014 at 5:17 PM

Barulah terasa bahawa Pas parti Islamik bukan parti liberal dan pak turut.Syabas Majlis Syura.Kalau kekal pendirian ini,tobat lahum,DAP akan menjauhkan diri dari Pas,minyak dgn air tak akan bercampur,puak Anwarinas juga mungkin berundur.Pas kena bersedia utk fokus kepada perjuangan asal dan membena negeri Islamik di Kelantan,kemudian barulah beransur-ansru ke Terengganu,Kedah dan Perlis.

Anonymous
August 7, 2014 at 6:35 PM

PAS sepatutnya tak perlu bersekongkol dgn DAP dan PKR,

Tertarik dgn analisa dibuat oleh Helen Ng dlm entry bertajuk "Malays can rule on their own without sharing power with the Chinese" yg dimuat pd 1 Ogos yg lalu.Entry tersebut menerima 189 komen pengunjung blog tersebut.Jarang sekali sesuatu "tajuk" mendpt kunjungan yg begitu ramai.

Anonymous
August 7, 2014 at 7:06 PM

Nk bina islam le konon...kes stopa ali kasi settel dulu beb....krs adun selinsing totey kasi settel....dana memali dan syiah kasi settel dulu...puiii

Anonymous
August 8, 2014 at 8:49 AM

PAS kena tegas baru dihormati kawan dan lawan

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger