KENYATAAN MEDIA ZURAIDA KAMARUDDIN BERCANGGAH DARIPADA YANG ASAL


Hanya semata-mata mahu menyatakan sokongan penuhnya terhadap calon Menteri Besar Selangor, Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin menggunakan sepenunya sidang media PKR Selangor.

Malah, Zuraida yang cuba menyembunyikan niatnya itu telah mengheret nama Setiausaha Majlis Pimpinan PKR Selangor, Amirudin Sahri di dalam menyatakan sokongan terhadap Wan Azizah dan Anwar Ibrahim.

Dalam posting Tweetnya yang terbaru, Amirudin hairan kerana kenyataan media itu berbeza daripada draf yang dibincangkan sebelum ini.

Pagi td dlm PC MPN Selangor yg menyelitkan nama saya - sedangkan saya tiada disitu & kandungan kenyataan itu beda dgn draf yg dibincangkan

— Amirudin Shari (@Amir_Shari) August 6, 2014


Difahamkan, draf yang dibincangkan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Selangor itu telah mencalonkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali dan Wan Azizah untuk dibawa ke peringkat perbincangan Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

Bagaimanapun, sidang media yang diberi Zuraida menyatakan sokongan kepada Wan Azizah dan tidak menyebut pula nama Azmin Ali.

Kenyataan bercanggah itu menyebabkan Zuraida mengelabah dan meminta wartawan menggunakan kenyataan medianya dan mengabaikan satu lagi kenyataan media yang didakwa itu tidak benar.

Menurut kenyataan MPN Selangor, mereka menghormati sokongan beberapa pimpinan kepada Wan Azizah namun harus mempertimbangkan Azmin Ali berdasarkan sokongan yang diterimanya.

Sementara itu, sumber dalaman DAP memberitahu beberapa (ADUN) DAP Selangor berpendapat Abdul Khalid perlu dikekalkan kerana prestasi baiknya menerajui negeri itu dan hanya pemimpin tertinggi DAP sahaja yang menyokong Wan Azizah yang boleh dianggap sebagai pak turut.

Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger