KEMARUK KUASA DUA ADUN PAS SEDIA DIPECAT


ADUN PAS, Saari Sungib bersedia untuk dipecat dari partinya akibat mengambil tindakan menyokong ADUN Kajang, Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Saari berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan beliau yang membuat keputusan kongroversi tanpa menunggu mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada 17 Ogos ini.

"Kalau itu kesudahan di antara parti dan pendirian saya, saya bersedia.

"Saya berpegang kepada apa yang telah saya tanda tangani untuk menyokong Wan Azizah walaupun pimpinan PAS Pusat tolak.

"Saya akan meyakinkan atas apa langkah yang saya ambil, dan untuk mengukuhkan dan mempertahankan kerajaan Selangor kepada Pakatan Pembangkang adalah satu yang tidak bertentangan dengan dasar PAS," katanya pada sidang media di sini.

Sementara ADUN Morib, Hasnul Baharuddin berkata pentadbiran Abdul Khalid sekarang tidak lagi menjunjung semangat kerjasama PAS, DAP dan PKR selepas ADUN Pelabuhan Klang itu mengumumkan kerajaan Pakatan Rakyat tidak wujud lagi di Selangor.

"Saya dengan jelas berada di sini untuk memberikan sokongan padu terhadap kerajaan Pakatan Rakyat hari ini di mana Tan Sri Khalid tidak lagi mendapat majoriti dalam dewan dan juga beliau telah tidak menganggotai mana-mana parti dalam Pakatan Pembangkang jadi dengan jelas bahawa beliau tidak mempunyai aspirasi dalam pakatan.

"Semalam pun beliau mengatakan Pakatan Pembangkang bukanlah satu parti yang berdaftar, jadi semangat dan roh Pakatan Pembangkang sudah tidak ada ada.

"Jadi saya menyokong penuh langkah Pakatan Pembangkang pada hari ini untuk ambil alih kerajaan negeri Selangor," katanya pada sidang media yang sama.

Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger