GRADUAN UNIMAS TIDAK MENAFIKAN PENSYARAHNYA LAHIRKAN PELAJAR MENENTANG KERAJAAN


Isu mengenai 'kebodohan' pensyarah UNIMAS yang membuat kajian dengan tidak mengikut spesifikasi piawaian antarabangsa telah diperakui graduan UNIMAS yang pernah belajar di bawah kendalian pensyarah Prof Dr Andrew Aeria.

Penafian demi penafian telah dibuat, akhirnya salah seorang graduan UNIMAS telah membuat pengakuan bahawa pelajar UNIMAS telah dididik untuk menentang kerajaan.

Ini diakui oleh bekas pelajarnya Siti Hajar Said dalam facebook milik Aziz Isa yang cuba mengeruhkan lagi suasana isu pensyarah UNIMAS ini.


"Atas ke'bodoh'an dan 'pondan' lecturer Unimas inilah yang telah berjaya melahirkan banyak siswazah-siswazah yang sedang bangun menentang kerajaan yang tidak berlaku adil kepada rakyatnya...kita ubah..hahaha"
Siti Hajar Said


Sebelum ini, Pembantu Khas kepada Chong Chieng Jen, Abdul Aziz Isa telah membuat penafian mengenai kajian Profesor Dr Andrew Aeria yang mendedahkan wujud segelintir pelajar atau pensyarah aliran pembangkang di dalam UNIMAS.

Bagaimanapun, selepas diasak oleh beberapa kenyataan beserta bukti akhirnya Abdul Aziz Isa sendiri bersetuju bahawa ramai pelajar UNIMAS dididik untuk menentang kerajaan di dalam bilik kuliah!

Maka, tidak hairanlah lahirlah beberapa pemimpin muda pembangkang seperti Abdul Aziz Isa yang kini berkhidmat bersama Pengerusi DAP Sarawak. 

Juga, adalah tidak mustahil akan ramai lagi pemimpin muda daripada lepasan graduan UNIMAS yang akan menentang kerajaan hasil daripada didikan pensyarah UNIMAS.


Pensyarah UNIMAS, Prof Dr Andrew Aeria yang berasal dari Pulau Pinang sebelum ini dikritik hebat akibat kajian politiknya terhadap jumlah peratusan rakyat Sarawak yang bersetuju untuk keluar Malaysia. 

Justeru, sehingga kini tiada sebarang kenyataan mahupun jawapan daripada pihak UNIMAS sendiri.

Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger