FAEKAH KELUAR PKR KERANA HILANG KEPERCAYAAN


Kemelut yang melanda Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim telah semakin menular plotnya apabila Ketua Pegawai Eksekutif Pemerbadanan Menteri Besar Selangor, Faekah Hussin mengisytiharkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuatkuasa serta-merta hari ini.

Beliau berkata, tindakan itu diambil kerana pihaknya telah hilang kepercayaan ke atas pucuk pimpinan parti yang ternyata gagal menangani isu yang berbangkit dari kedudukan jawatan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim secara berhemah dan menurut tatacara yang betul serta teratur.

"Cara dan tindakan yang dilakukan oleh pucuk pimpinan parti ke atas Menteri Besar jelas terkeluar dan terpesong daripada nilai-nilai keadilan yang selama ini diperjuang oleh parti ini sejak ditubuhkan pada 4 April 1999," katanya lagi.

Surat keluar parti dihantar kepada Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail kira-kira pukul 4 petang ini.

Faekah sebelum ini yang merupakan Setiausaha Politik Menteri Besar lantang dalam mempertahankan setiap polisi yang dibawa oleh pentadbiran Abdul Khalid.

Selepas insiden satu persatu, diyakini akan ada banyak lagi plot menarik yang menghiasi PKR dan Pakatan Rakyat. 

Share this article :
 

+ comments + 2 comments

August 11, 2014 at 7:12 PM

Maybe ramai lagi yg akan keluar PKR.

Anonymous
August 11, 2014 at 8:00 PM

Keluar lah seberapa ramai waima YB PKR...Anwar tetap hebat ...tetap beryakinan menipu macai2 termasuk pakcik makcik aku sekeluarga....

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger