DR MOHD ZUHDI MARZUKI YANG DIKENALI NIK MOHAMAD ABDUH


Teks di bawah ini merupakan taipan tangan AJK PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Mat tanpa sebarang edit.

Saya hubungi Dr Mohd Zuhdi Marzuki. Saya mahu memberinya kekuatan.

Bukan saya ini kuat, tetapi ia sebahagian tugas seorang muslim membela saudara semuslimnya daripada dianiayai dan dibiarkan dihina oleh rakan-rakan sendiri yang curang.

Sebaliknya, bila saya hubunginya, dia pula yang memberikan saya kekuatan. Nampaknya, jelas sangatlah, dia telah pergi kepada Allah sebelum saya pergi kepadanya. 

Sesiapa yang berjalan kepada Allah, Allah akan berlari kepadanya. Seperti kalam hikmah al Imam asy Syafi'ei yang sungguh mahal, 

'Apabila engkau dapati tiada lagi manusia yang mahu membelamu, membiarkanmu berseorangan, maka ketahuilah, sesungguhnya Allah sendirilah yang mahu mengurus dan membelamu.'

Ada ulama mengatakan, ini antara hikmat kata al imam asy Syafi'ie yang terhebat!

Dan ia begitu menepati rakan saya, Dr Mohd Zuhdi Marzuki. Kekuatan yang dimilikinya telah begitu mengatasi kekuatan yang saya usahakan dan bawakan untuknya. Sudah tentu ia daripada Allah yang datang kepadanya lebih awal setelah dia pergi kepadaNya lebih awal daripada saya kepadanya.

Fitnah itu sifatnya melampau dan kejam sekali. Ia datang untuk membunuh, bahkan seperti yang al Quran sendiri dendangkan, ia lebih dahsyat daripada membunuh!

Biasanya yang terfitnah akan rebah sebelum masanya untuk dia rebah. Gegarannya terlalu kuat, menakutkan dan kejam sekali. Bahkan, seperti dendangan al Quran juga, apabila fitnah datang, ia bukan hanya bertumpu kepada mangsa asalnya itu, bahkan ia memalit dan menjangkau segala apa yang ada di hadapannya.

Apabila fitnah 'printscreen' oleh penjilat wikileaks dalaman PAS sendiri ditiupkan dengan begitu kencang dan tersebar dalam sekelip mata, Dr Mohd Zuhdi seperti jatuh ke dalam sebuah telaga yang gelap. 

Semua mengira bahawa beliau adalah Almarhum Zuhdi.. mangsa telaga buta!

Rupa-rupanya ia bukan sebarang telaga. Di dalamnya ada sedikit ruang untuk mangsanya diam seketika. Dia kemudiannya adalah tetamu telaga itu.

Nabi Yusuf alaihissalam menjadi tetamu istimewa telaga buta untuk beberapa ketika, pada saat saudara-saudaranya sedang mencipta 'darah palsu' (damin kazib) untuk dipersembahkan kepada ayahanda mereka bahawa adinda kecil mereka itu telah menjadi mangsa serigala.

Tetapi Yusuf alaihissalam diciptakan untuk menjadi nabi. Rancangan Allah untuknya adalah lebih dahsyat dan menakjubkan. Daripada telaga fitnah, Yusuf bangkit untuk menjadi teladan kebangkitan daripada fitnah jahat sepanjang zaman.

Belum sempat kawan-kawan membantu, Dr Zuhdi berjaya keluar daripada telaga fitnah itu. Belum sempat saya tanya bagaimana pertolongan datang kepadanya lebih awal. Dia hulurkan saya dan kawan-kawan sebuah nukilan ringkas. Sempat juga dia bermeditasi dalam telaganya itu, ganti kepada 'imaginasi'nya yang sedang gawat dalam dunia politik selebriti, politik sandiwara tanah air.

Saya telah masukkan nukilan cantiknya itu di paparan FB saya. Anda boleh menikmatinya dengan enak sekali. 

Dr Mohd Zuhdi, seperti yang saya kenali sejak lebih 10 tahun akan memenangi perlawanan ini. Beliau adalah politikus bukan selebriti. Atau, ahli akademik yang sebenar dalam dunia politik damai dan politik benar yang pernah saya lukiskan suatu hari dulu, saat saya juga hampir terjatuh dalam telaga buta.

Syabas Dr Mohd Zuhdi

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
AJK PAS PUSAT

Share this article :
 

+ comments + 4 comments

Anonymous
August 1, 2014 at 7:18 PM

Nik Mohamad Abduh.....the future PAS PRESIDEN! Seorang yang sangat berprinciple dan seorang yang boleh menyatu padukan Bangsa Melayu dan Umat Islam bersama sama UMNO di suatu masa nanti.
Masa tu, barulah terkencing dan tercirit puak2 kafir DAP dan PKR!

Anonymous
August 1, 2014 at 11:37 PM

Yeahh.... mcm ni laa. Geng ulamak saling membela dan membantu....

Musuh utama ialah peliwat..... dan cina dap...

Kasi hancurr....

Anonymous
August 6, 2014 at 6:53 PM

Umat dan Rakyat perlukan Pemimpin yang Berilmu dan Tenang dalam mengurus Manusia dan Kehidupan.

Sekiranya datang kepada kita seorang Pemimpin yang Jahil dan Gelojoh maka Negara akan Mundur dan Hancur.

Anonymous
August 20, 2014 at 5:27 PM

berbuat baiklah sesama manusia sebab disitu ada ruang dakwah, bukan kira nak perancur orang ja, bodoh punya pemikiran....

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger