DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA BERI SOKONGAN PENUH TERHADAP DR MOHD ZUHDI MARZUKI


Selepas kenyataan media yang dibuat oleh AJK Kerja PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berhubung pendiriannya terhadap 'serangan' Rafizi Ramli, Tony Pua dan Anthony Loke, ramai di kalangan pemimpin dan ahli PAS kini mula faham dan menyokong Mohd Zuhdi.

Akhirnya Dewan Pemuda PAS Malaysia menyatakan sokongan penuh kepada Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki terhadap isu paparan skrin mesej perbincangan kumpulan Whatapps AJK PAS Pusat mengenai isu di Selangor dan kemungkinan yang akan berlaku.

Naib Ketuanya, Hairil Nizam Khirudin berkata, tindakan disiplin harus dikenakan kepada pengkhianat selain melihat isu itu kian parah dan teralih arah.

"Pengkhianat yang mendedahkan rahsia parti tersenyum puas tatkala Dr Zuhdi pula menjadi mangsa yang di kambing hitamkan.

Kami mendesak Jawatankuasa Disiplin PAS menyiasat dan mengambil tindakan yang tegas kepada pengkhianat ini. Kami juga berharap agar Majlis Syura Ulama agar dapat mengambil perhatian berkenaan gejala membocorkan rahsia yang membabitkan dalam kalangan AJK PAS Pusat.

Dalam pada itu kata Hairil, Pemuda PAS turut mendesak pimpinan Pakatan Rakyat berhenti memainkan provokasi yang menghentam PAS berhubung isu printscreen diskusi dalaman AJK PAS Pusat yang melibatkan pandangan analisis Dr. Zuhdi.

"Adalah menjadi kebiasaan mana-mana pimpinan dalam Pakatan Rakyat dan PAS memberikan pandangan peribadi secara bebas dalam mesyuarat atau perbincangan termasuklah memberikan pandangan bersifat andaian bagi mencari jalan penyelesaian sesuatu masalah.

"Zuhdi menjalankan tugas memberi dan menyampaikan pandangan dan andaian dari setiap sudut melalui dapatan kajiannya. Kemudian, ia terpulang kepada kebijaksanaan kepimpinan PAS untuk mengambil keputusan secara kolektif dan mengikut kehendak majoriti," ujarnya.

Tambahnya, PAS juga tidak pernah campur tangan dalam urusan mesyuarat PKR atau DAP.

"PAS ucap terima kasih kepada keprihatinan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke Siew Fook dan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua berhubung isu berkenaan.

"Adalah lebih bijak jika Rafizi dan pimpinan PKR yang lain menumpukan fokus mereka untuk menyelesaikan kemelut dalaman PKR seperti Mesyuarat Agung Pemilihan peringkat cabang-cabang dalam PKR yang masih belum selesai.

"PAS juga menyarankan agar Anthony dan Tony dalam DAP berkerjasama dengan Lim Guan Eng untuk selesaikan masalah yang wujud dalam DAP Sarawak yang baru-baru ini dengan jelas membuat resolusi mahu keluar dari Pakatan," jelasnya.

Ujar Hairil lagi, PAS sentiasa matang dan tenang dalam menghadapi krisis dalaman dan luaran tanpa menjejaskan kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat.

"PAS mempunyai struktur yang kuat dan cara tersendiri dalam menangani masalah perbezaan pendapat. Tindakan disiplin akan diambil jika ada pelanggaran disiplin parti yang jelas dilakukan termasuklah terhadap mereka-mereka yang khianat menyebarkan maklumat rahsia parti," katanya.

Hairil turut berharap, pimpinan semua parti dalam Pakatan Rakyat berfikir dan mengambil tindakan yang lebih matang sebelum mengeluarkan kenyataan menyelar dan menghentam mana-mana pihak.

Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
August 1, 2014 at 3:32 PM

Pasai apa bdak kecik ni yg jawab plakkk....

Suruh ketua pemuda pas la yg jwp...

Jawapan dr zuhdi tu umpama buah kilas jaa....

Padahal tumbukan dilepaskan oleh pkr dan dap....

kami terfikir... boleh ka pas ni menumbuk?? Kikiki.....

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger