DAP ANJUR PERTANDINGAN MEWARNA KANAK-KANAK UBAH SEMPENA HARI MALAYSIA


Seperti biasa DAP Sarawak menerusi DAP DUN Piasau akan menganjurkan pertandingan mewarna kanak-kanak bersempena dengan sambutan Hari Malaysia yang ke-51.

Pertandingan itu akan dibahagikan kepada dua kategori umur iaitu 7 hingga 9 tahun dan 10 hingga 12 tahun.

Peserta akan diberikan bahan yang akan diwarna yang merupakan Burung Ubah dengan berlatarbelakangkan bendera Sarawak.

Jurucakap penganjur, mereka yang berminat menyertai pertandingan mewarna ini akan dikenakan bayaran kemasukan.

“Kita mengenakan bayaran RM10 setiap peserta dan mensasarkan seramai 30 orang kanak-kanak terlibat dalam aktiviti itu.

Hadiah wang tunai RM150 kepada juara, RM100 untuk pemenang tempat kedua dan RM50 pemenang tempat ketiga.

Hadiah sagu hati RM20 juga diberikan kepada lima peserta. 

Mereka semua juga akan menerima piala dan sijil.

Matlamat utama pertandingan mewarna kanak-kanak ini bertujuan memberikan promosi dan publisiti DAP terhadap kanak-kanak di samping menyemai rasa cinta terhadap negeri Sarawak.

Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger