DAHULU MELALAK MACAM ANJING SEKARANG TAHU PULAK MALU !!!


Kelibatnya semasa Perhimpunan Haram BERSIH dianggap sebagai hero kerana memperjuangkan hak mahu pilihan raya lebih adil menjelang PRU-13.

Malah Chegu Bard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin sanggup mengetuai Pertubuhan SAMM bagi menyatakan sokongan terhadap tuntutan BERSIH dalam pilihan raya. 

Tidak cukup dengan itu, Pertubuhan SAMM sanggup berguling di atas jalan raya dan mengasari anggota polis demi kerana BERSIH.

Tetapi, kini tidak lagi kerana apa yang telah dilakukan SAMM dan BERSIH itu telah terpalit di wajah PKR sendiri.

Chegu Bard yang sekaran ini telah digantung keahlian PKR mengakui berasa malu untuk bersemuka dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jika tiada sebarang tindakan diambil dalam menyelesaikan masalah pemilihan PKR.

Ini kerana semua aduan yang dikemukakan beliau sejak tahun 2010 kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) masih belum mendapat sebarang balasan atau tindakan.

Katanya, antara aduan berkenaan pemilihan PKR yang sering dikemukakan ialah berkaitan kertas undi berlebihan, pengundi yang mengundi atas nama orang lain serta pihak JPP yang dipercayai terlibat dengan masalah penyelewengan pemilihan.

"Bagi saya masalah penipuan ini khususnya pemilihan dalam parti perlu ditangani segera. Jika tidak saya bersama rakan-rakan lain yang berjuang atas nama bersih dan demokrasi berasa malu untuk berjumpa dengan pihak SPR disebabkan parti ini juga akan dianggap sama menipu dalam demokrasi.

"Jadi, kenapa apabila kita lawan dengan SPR, kita perlu raikan, tetapi ketika lawan di tempat tertentu kita tidak raikan. Oleh itu, saya akan terus berjuang untuk menegakkan demokrasi di semua tempat," katanya kepada pemberita di Mahkamah Seksyen di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Badrul Hisham berkata, beliau tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk penipuan atau penyelewengan terhadap sistem demokrasi termasuk dalam parti sendiri.

"Prinsip saya semua perkara berkenaan penyelewengan dalam sistem demokrasi, saya akan lawan dan tentang dengan berani.

"Saya sudah nyatakan pelbagai bukti dan saya rasa masalah ini (pemilihan PKR) perlu diselesaikan segera disebabkan semua aduan yang dibuat masih belum mendapat balasan sehingga hari ini," jelasnya.

Sehingga kini proses Pemilihan PKR 2014 masih lagi belum selesai biarpun ia telah memasuki tempoh masa lima bulan.

Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger