CHEGU BARD PERTAHANKAN KHALID IBRAHIM DARIPADA SERANGAN PEMIMPIN TERTINGGI PKR


Biarpun dirinya telah digantung keahlian PKR, namun bagi Pengerusi SAMM itu, Chegu Bard memberikan pandangan pertukaran Menteri Besar Selangor itu perlukan kehendak suara rakyat Selangor dan bukannya suara DAP, PKR atau PAS.

Katanya, ini kerana kemenangan pakatan pembangkang di Selangor juga adalah disebabkan oleh pengaruh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Jadi, saya rasa sebarang perubahan dalam jawatan Menteri Besar Selangor perlu mengambil kira pandangan rakyat kerana sebarang pertukaran bukan berdasarkan arahan dari pucuk pimpinan parti sahaja," jelasnya.

Kenyataan ini bukan bersifat dendam tetapi ia berdasarkan kepada undi rakyat dan pengaruh Khalid Ibrahim sendiri juga menentukan kemenangan Pakatan Rakyat di Selangor dalam PRU-13 yang lepas.

Jika Pakatan Rakyat dan PKR berpaksikan slogan 'Demi Rakyat' maka seharusnya pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat itu perlu mengambil kira suara majoriti rakyat bukan hanya mengambil suara pemimpin Pakatan Rakyat.

Jawatan Menteri Besar Selangor itu bukan milik pemimpin Pakatan Rakyat sebaliknya milik rakyat dan biarlah rakyat sendiri yang menentukan Menteri Besar Selangor.

Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger