BOIKOT McD CUBAAN GAGALKAN PERNIAGAAN ORANG BUMIPUTERA DI MALAYSIA


Di manakah Agenda Memperkasakan Ekonomi Bumiputera jika perniagaan orang Bumiputera diboikot oleh bangsa sendiri?

Benar, McD itu kepunyaan orang Yahudi tetapi itu di Amerika Syarikat dan luar negara dengan situasinya sangat berbeza di Malaysia.

Berbeza di Malaysia, rangkaian makanan McD itu kepunyaan orang Bumiputera sama seperti KFC dan Pizza Hut.

Juga, kebanyakan pekerjanya merupakan orang Melayu dan. Bumiputera termasuklah pemilik restoran. 


Jika kempen boikot itu dilaksanakan bermakna Rakyat Malaysia sendiri yang cuba memusnahkan perniagaan orang Bumiputera yang kita tahu masih lagi ketinggalan dalam perniagaan francais ini.

Malah, McD setiap tahun menyumbangkan dana mereka untuk kerja-kerja amal seperti memberi sumbangan kepada anak-anak yatim di Malaysia dan di dunia termasuklah anak-anak Islam.

Kenapa tidak boikot rangkaian restoran Kenny Rogers,  Burger King dan beberapa restoran lain yang datangnya dari Amerika Syarikat dan dimiliki oleh orang Cina dan Bukan Bumiputera?

Bagi pemilik restoran ini, mereka mengambil pendekatan mendiamkan diri kerana memboikot McD oleh rakyat Malaysia ini suatu kejayaan kepada mereka yang merupakan pesaing utama dalam perniagaan makanan.

Ini sekaligus memberikan keuntungan berlipat kali ganda kepada pemilik francais restoran Kenny Rogers, Burger King dan sebagainya.

Astro yang secara terang memberikan kontrak kepada syarikat milik Yahudi dalam membekalkan penyiarannya di rantau Asia Tenggara ini tiada pun usaha untuk memboikotnya?

Jadi, kenapa pula restoran McD yang majoritinya milik Melayu dan Bumiputera dijadikan sasaran untuk diboikot?

Fikir-fikirkanlah secara rasional rakyat Malaysia... 

Share this article :
 

+ comments + 11 comments

Anonymous
August 6, 2014 at 10:08 AM

saham IPO mcd berjumlah 20 juta unit. 9.8 juta ialah milik terus McD Corp. manakala baki terbahagi 2(dua) kepada GoldenArcher n satu company lain masing2 pada 5 juta n 5.2 juta unit. Di mana share holder paling besar ialah McD Corp (US). Di sebabkan itu kita kata kita nk boikot mereka. Boikot ialah untuk orang y serius. McD kaya tak pernah jumpa staff dapat bonus 2 bulan gaji pun. So kalau kena boikot pun, staff tetap akan bekerja. Pemilikan franchise melayu itu pun sedikit.

Anonymous
August 6, 2014 at 12:58 PM

Dah tiba masanya buat "Fast-food" Islam/Melayu kita sendiri yg. CANGGIH - kat Jerman, cthnya "Doner Kebab"-Turki (HALAL) lebih popular dari McDonald/Burger King; si Barat terutamanya jenerasi muda, pun suka makan situ! Jadi tak payahlah nak bergantung kat ekonomi ZIONIS memanjang - kerana anak-anak muda Islam/Melayu kita sedg. di'brainwash' yg. mereka tak boleh hidup tanpa 'Fastfood' Barat!

Lihat projek "Greater KL" ni - apa KEJADAHnya ni; Israel pun ada projek "Greater Israel" utk. menawan Dunia Islam di Timur Tengah! Si LIBERAL-BANGANG mana yg. bagi nama "Greater KL" tu? Ini dah mcm. si ZIONIS/Israel dah menunjuk BELANG dia kat NEGARA ISLAM kita ni! Lihat pelaburan di "Greater KL" ni yg. asyik beri pelaburan dari Barat (yg. sebenaqnya dikuasai si ZIONIS) - awatlah tak berikan MAJORITI pelaburan pd. DUNIA ISLAM dari OIC mahupun dari Latin Amerika yg. anti-ZIONIS spt. Bolivia, Venezuela, Cuba dsbnya?! Inilah si LIBERAL-BANGANG Islam/Melayu - lebih pentingkan kemewahan anak-beranak dia sampai hak agama-bangsa-negara ISLAM ni terus TERGADAI! MENYAMPAH betul aku! Lihat di http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20140805/ek_02/RM19-bilion-pelaburan-diluluskan-di-Greater-KL:

RM1.9 bilion pelaburan diluluskan di Greater KL

Oleh AZMAN IBRAHIM

KUALA LUMPUR 4 Ogos - Agensi pelaburan khusus, InvestKL Corporation (InvestKL) mengumumkan nilai pelaburan komited oleh syarikat-syarikat multinasional (MNC) sebanyak RM1.9 bilion diluluskan di Greater Kuala Lumpur (KL) setakat Julai 2014 dengan RM729.7 juta pelaburan lagi sudah direalisasikan.

Ketua Pegawai Eksekutif InvestKL, Zainal Amanshah berkata, setakat ini, sebanyak 40 buah MNC telah membuat pelaburan di Greater KL dan kebanyakannya dari Amerika Syarikat dan Eropah......

Makcik Sambal Belacan.

Anonymous
August 6, 2014 at 1:16 PM

Kau ambik data tu kat mana ? Sahih ke ? Dah buat penyelidikan penuh ? Kalau main-main cedok sini dan cedok sana... Itu boleh jadi fitnah jika tidak benar.

KFC Malaysia hanya menggunakan Jenama KFC sahaja dan hanya membayar yuran penggunaan Jenama. Dan tiada apa-apa kaitan lansung dengan KFC Induk di Amerika. Dah tanya tuan punya KFC, Tan Sri Muhamad Ali (pemegang saham terbesar) sendiri ?

Tanya dahulu dan dapatkan maklumat sahih dari sumber yang sahih.

KFC Malaysia adalah kepunyaan orang Melayu. Hampir keseluruhan pekerja adalah anak-anak Melayu. Kau boleh bagi makan atau pekerjaan jika mereka tiada pendapatan (gaji) ? Atau kau ni orang Melayu yang busuk hati bila tengok orang Melayu berjaya..??

Orang Melayu yang berjaya di Malaysia ini tak ramai. Hanya dua tiga kerat je. Kau dah kaya ke ? Dah berapa banyak menyumbang ke tabung Plastein ? Kau tahu tak berapa sumbangan KFC Malaysia kepada tabung Rakyat Plastein ?

Cubalah dapatkan fakta yang sebenar dan buat analisis berasaskan pemikiran yang matang dan bijak. Jika kita boikot KFC... pesaing mereka akan ketawa. Orang Melayu yang rugi.

Kau ni Melayu ko bukan melayu ??

Anonymous
August 6, 2014 at 1:33 PM

http://oskortos.blogspot.jp/

Anonymous
August 6, 2014 at 4:29 PM

kesian aku tengok McD kat tempat aku yg dimiliki oleh org Melayu, baru nak naik dah pakat2 boikot. Fb jelas milik zuckerberg (jews), dah beli wassap, kenapa tak boikot?

org melayu tak boleh tengok org melayu lain nak naik sikit, tapi kalau cina tak apa pulak. apakah cina shj yg boleh kaya di m'sia ni? Melayu kaya tuduh Kroni BN, tapi kalau cina komunis kaya tak apalah pulak.

August 8, 2014 at 3:15 AM

KENAPA KITA KENA BOIKOT MCD? (VERSI CAKAP TERUS TERANG)
========================================================
Ada orang bertanya, kenapa kita nak sibuk2 boikot MCD? Kan rokok adalah penyumbang utama ekonomi Israel/Zionis jugak?

Jawapan saya sangat mudah. “Kenapalah kau ni pendek akal sangat? Cuba le berfikir panjang sikit.” Ini adalah jawapan sopan.

Jawapan terus terang dan sedikit kasar, ala2 gaya cakap orang Johor: “Kenapa le kau ni bangang sangat? Kau ni ada otak ke tak ni? Ke kepala otak kau letak kat lutut?”

Seperti yang kita tahu, bagi orang yang telah banyak membaca & berfikir, burger McDonald adalah sebuah syarikat yang memberikan paling kurang 5% daripada keuntunggannya di seluruh dunia ke Israel. Dan Israel telah menggunakan duit keuntungan daripada sumbangan McD kepada Israel, untuk digunakan oleh militernya, untuk membeli peralatan perang seperti peluru, kereta kebal, pesawat, bom dan sebagainya.

Peralatan perang ini pula akan digunakan untuk mengebom, menembak dan membunuh orang Palestin di Gaza. Orang Melayu amat kisah pasal penderitaan orang Palestin di Gaza. Tapi orang Arab buat bodoh aje. Itu suku Palestin. Bukannya suku Saudi ke, Qatari ke, atau Mesir.

Selagi mereka orang Arab Saudi boleh bersenang lenang dan tak diganggu oleh Israel/US, lantaklah kau orang Palestin. Pegi mampus lagi baik. Itulah sifat & perangai orang Arab sekarang yang terlena dengan semangat abbasiyah & kemewahan dunia sekarang. Kasi Palestin mampus semua lagi senang. Tak menyusahkan kita semua orang Arab.

Bagi mereka yang pendek akal@bebal, yang kurang membaca & kurang berfikir, akan bertanya, kenapa nak boikot McD sahaja? Kan banyak lagi produk Yahudi?

Jawapannya mudah, kita tak mampu memboikot semua produk Israel buat masa sekarang. Kerana hampir kesemua produk pengguna di dunia ini dimonopoli oleh produk2 Yahudi!!! Sedangkan hampir semua cip komputer, internet, Yahoo, Google, Gmail dan Facebook dicipta oleh orang Yahudi. Betapa hebat tak orang Yahudi ini? Jenama seperti McD, KFC, Nokia, Microsoft, Nokia, Motorola & lain2 semuanya adalah produk2 org Yahudi, yang telah menguasai dunia, tanpa kita sedari.

Cara yang paling mudah nak boikot semua produk2 Yahudi ialah pegi tinggal di hutan atau di gua. Jadi macam orang Asli atau orang Papua. Gerenti semua makanan & minuman anda, tak ada satu produk pun daripada produk buatan Yahudi.

Tetapi kita hidup di zaman moden & ketamadunan yang tinggi. Kita memerlukan barangan2 canggih seperti TV, handset, kereta, komputer & sebagainya. Malangnya, kebanyakkan barangan yang canggih2 ini dibuat oleh orang Yahudi.

Malangnya, orang2 Islam yang berjumlah lebih 1 billion sekarang tidak ada kemampuan membina barangan yang canggih2 itu. Kerana kita orang Islam, sibuk nak berpolitik, sibuk nak jadi ketua, sibuk nak bergaduh, berperang dan bunuh-membunuh sesama Islam.

Peperangan sesama Islam seperti Perang Iraq-Iran, Perang Malaysia-Indonesia, Perang Sunni-Shia di Iraq dan sebagainya adalah contoh terbaik, bahawa orang Islam sebenarnya sibuk bergaduh sesama sendiri. Contoh terbaik di Malaysia ialah peperangan politik antara UMNO, PAS & PKR untuk merebut kuasa politik orang Melayu. Masing2 menuduh parti yang lain itu kafirlah, musriklah, munafiklah & pelbagai lagi. Sedangkan bangsa2 bukan Melayu sekarang telah bersatu di bawah satu bendera DAP.

Kerana sibuk berperang sesama sendiri, maka kepala otak kebanyakkan orang Islam sibuk berfikir, untuk jatuh menjatuhkan sesama sendiri. Bukannya sibuk, macam mana fikir nak cipta satu gadget yang boleh menghubungkan sesama manusia, daripada hujung dunia sampai ke hujung dunia yang lain. Dan boleh pula dibawa berjalan2. Maka, Yahudi di bawah syarikat Motorola & Nokia telah mencipta handset!!!

Yang terbaru, otak orang Islam yang suka berpolitik, suka berfikiran macam mana nak jatuhkan Khalid Ibrahim & jadikan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor? Macam mana nak tulis blog nak buruk2an dan jatuhkan si gagap gemuk tu? Atau macam mana puja dan menaikkan isteri si jubori tu?

August 8, 2014 at 3:17 AM

KENAPA KITA KENA BOIKOT MCD? (VERSI CAKAP TERUS TERANG) 2
========================================================

Jadi, kita kenalah berubah daripada berfikiran negatif untuk jatuh menjatuhkan sesama Islam, kepada fikiran positif untuk bantu-membantu sesama Islam. Inilah strategi kejayaan orang Yahudi, bagaimana seluruh umat Yahudi di seluruh dunia cuba bantu membantu menaikkan dan menjayakan sesebuah syarikat atau organisasi Yahudi. Kenapakah orang Islam tidak meniru strategi Yahudi ini?

Jadi, kita mulakan dengan langkah pertama, dan secara kecil2an dahulu. Mula2, kita boikot burger buatan Yahudi iaitu McDonald. Dah berjaya, barulah ke produk lain pula. Dan kita perlu boikot satu persatu dulu. Kerana apa boikot McD? Kerana kita mampu memboikotnya dan kita mempunyai produk alternatif daripada usahawan Bumiputra yang telah mampu membuat burger macam si Yahudi tu. Jenama burger bumiputra seperti Ramly, Enna, Azmy, Ayamas, Amy, Runcit Az-zain & Iwani Frozen Food. Ada jenama Bumiputra ni yang tak pernah dengarkan?

Secara tidak langsung, dengan memboikot burger McDonald, sapa yang kaki gila makan burger tak akan kempunan kerana boleh beralih kepada burger2 buatan Bumiputra!!! Ini akan menaikkan jenama2 burger Bumiputra dan akan menambahkan pendapatan & memperkasakan perniagaan Bumiputra.

Jadi, dengan memboikot burger McDonald, kita macam menyelam sambil minum air. Pertama, kita menyebabkan McDonald Malaysia boleh bangkrup dan lepas tu tak ada duit nak kasi Israel. Kedua, menaikkan jenama burger Bumiputra dan menaikkan ekonomi Bumiputra.

Ada orang tanya pulak “Abis, kesian pulak le kat budak2 Melayu yang kerja kat McD tu? Macam mana mereka nak hidup nanti kalau McD dah bangkrup?”

Jawapan saya mudah. “Apa goblok sangat kau ni? Bila orang dah boikot McDonald & beralih ke burger buatan Bumiputra, syarikat2 burger Bumiputra memerlukan penambahan pekerja, kerana bisnes dah semakin kencang. Dah kena bukak restoran besar2 macam McDonald pulak, kerana banyak sangat sambutannya. Dah kena beratur panjang2 pulak, siap boleh beli burger Ramly guna sistem take-away guna kereta atau hantar ke rumah pulak.

Takkan burger Ramly sampai kiamat nak jual kat kiosk2 kecil tepi kaki lima aje? Tak nak jadi besar macam restoran McD ke? Kekadang kita kenalah berfikiran besar macam Yahudi, dan bukan berfikiran sempit macam si Arab Wahabi.

Jadi, bila Burger Ramly dah boleh buat restoran besar2an seperti McD, maka bebudak melayu yang dulu kerja kat McD tu, sekarang bolehlah kerja kat restoran burger Ramly pulak. Tetapi, kita kena sedar, burger Ramly belum ada kekuatan lagi untuk nak buka restoran macam McD. Maka, sama2lah kita boikot McD dan perkasakan burger buatan Melayu, kalau nak tengok Ramly boleh buka restoran besar macam McD pulak.

Jadi, buat sementara ni, bebudak Melayu tu mungkin kena kerja kat kiosk kecil jual burger Ramly, yang panas dan tak ada air-con tu. Persoalannya, adakah kamu berbangga kerja di sebuah restoran nyaman yang dipunyai Yahudi, atau kerja di kiosk yang panas yang dipunyai Melayu?

Dan soalan terakhir. Ada orang bertanya lagi: “Kalau saya tak nak boikot McD dan nak makan McD juga, macam mana?”

Saya jawab:”Kau boleh tak tukar agama, jangan mengaku jadi Islam atau orang Melayu lagi. Kau terus jadi Yahudi & tinggal di Israel lagi baik. Orang macam kau ni, patut dilucutkan taraf warganegara Malaysia, jadi myanmar atau nepal, baru padan muka…”

Anonymous
August 8, 2014 at 9:11 AM

sokong sokong.. boikot sini sana, org melayu yg kerja kena buang, tempat lain xnak amik kerja sebab xde "kemahiran", terjebak dgn gejala sosial (mencuri dsbg) untuk meneruskan hidup, bagi family makan..
bukannya ada yg nak tolong pun.. mencemuh lagi ramai.

Anonymous
August 8, 2014 at 3:51 PM

kesian kat ngkau...

August 8, 2014 at 7:45 PM

Pendapat yg x munasabah..cakap memang senang..sebab tulis jer..he..he kesian.

August 10, 2014 at 9:27 PM

Hmmm seems that WM ppl are very PALUI. U all boikotlah bangsa sendiri. Memalukan bangsa u all MELAYU.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger