APA YANG ANDA TAHU TENTANG KRISIS MENTERI BESAR SELANGOR?


Krisis politik di Selangor ini bermula selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tahun lepas apabila Abdul Khalid Ibrahim dikatakan tidak melaksanakan tugas seperti yang dikehendaki partinya, PKR.

Apa yang kita tahu mengenai krisis politik Selangor setakat ini:

1. Abdul Khalid dikatakan membuat keputusan tanpa merujuk pimpinan PKR dan Pakatan Rakyat.

2. PKR menerusi mesyuarat Biro Politiknya pada Januari lalu memutuskan Abdul Khalid perlu diganti.

3. PKR menyusun startegi yang dinamakan "Langkah Kajang" untuk menggantikan Abdul Khalid.

4. Menerusi 'Langkah Kajang', ADUN Kajang, Lee Chin Cheh meletak jawatan untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding.

5. Anwar bagaimanapun tidak dapat bertanding kerana Mahkamah Rayuan memutuskan beliau bersalah meliwat pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lepas.

6. Tempat Anwar digantikan oleh Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

7. Selepas Pilihan Raya Kecil DUN Kajang, Abdul Khalid tetap tidak melepaskan jawatannya.

8. PKR terus mendesak Abdul Khalid melepaskan jawatan dan Anwar menamakan Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.

9. Abdul Khalid bagaimanapun menegaskan beliau akan terus memegang jawatan itu hingga tamat penggal ini.

10. PAS Selangor bagaimanapun tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.

11. Pendirian PAS Selangor mendapat sokongan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

12. PKR menyifatkan PAS tidak menghormati hak mereka dalam memilih menteri besar di Selangor.

13. Pemimpin PAS dan PKR saling membuat tuduhan di laman Facebook.

14. Perbincangan dalaman kumpulan Whatsapp AJK PAS Pusat yang memuatkan analisis kemungkinan pari itu keluar dari Pakatan Rakyat.

15. PKR dan DAP mendesak PAS mengambil tindakan terhadap AJKnya Dr Mohd Zuhdi Marzuki akibat analisisnya yang memuatkan kenyataan dikatakan bersifat perkauman.

16. Desakan supaya Abdul Khalid melepaskan jawatan terus dibuat PKR, namun ADUN Pelabuhan Klang itu tetap berdegil.

17. PKR menerusi Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dalam satu sidang media menjelaskan Abdul Khalid terlibat dalam kes salah laku.

18. Abdul Khalid dalam kenyataan balasnya mencabar PKR melaporkan perkara berkenaan kepada Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

19. PKR memberikan laporan setebal 24 halaman yang memuatkan enam sebab kenapa Abdul Khalid perlu meletak jawatan, antaranya kes hutang Abdul Khalid dengan Bank Islam berjumlah RM59.5 juta dan perjanjian penstrukturan air antara kerajaan pusat dan kerajaan Selangor.

20. PKR juga memberikan Abdul Khalid surat tunjuk sebab kerana dikatakan telah melanggar arahan parti.

21. Abdul Khalid bagaimanapun menjawab surat itu dan mendakwa surat tersebut tidak lengkap.

Share this article :
 

+ comments + 1 comments

August 7, 2014 at 6:46 PM

Krisis MB Selangor bukan saja telah membogelkan kecacatan PKR tetapi lebih ketara ialah pendedahan "permainan taik" kedua-dua pihak.Diharap banyak lagi "cerita taik2 Anwar dan Rafizi" akan kita dengar sehari dua akan datang.

Nampaknya TS Khalid akan tersungkur juga akhirnya.Mau takmau beliau mungkin mohon kpd DYMM Sultan Selangor utk membubarkan kerajaan.Krisis MB Sgor mungkin berakhir dgn "snap election" di Selangor.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger