ADUN PAS SAARI SUNGIB SUDAH TERMAKAN PUJUK RAYU PKR DAN DAP


ADUN PAS, Saari Sungib telah menggesa PAS Pusat agar menyegerakan mesyuarat yang dijadualkan pada 17 Ogos depan supaya dapat menyokong DAP dan PKR menolak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Sehingga kini hanya 4 orang ADUN daripada PAS sahaja yang bersetuju untuk terus bersama Khalid Ibrahim dengan 6 Exco lain daripada PKR dan DAP telah dipecat ekoran keengganan bersama Menteri Besar Selangor.

Mengenai keputusan Saari itu, beliau dan rakan-rakan dalam PAS masih berpendirian 'menyokong' Khalid Ibrahim memandangkan Presiden PAS dan PAS Pusat masih belum memuktamadkan pendirian kecuali Dewan Ulama PAS.

Hanya dengan pendirian PAS sahaja lagi akan menamatkan spekulasi ini yang mana kini banyak menyebelahi Khalid Ibrahim dan merugikan Pakatan Pembangkang.

"PAS perlu segerakan mesyuarat kerana seolah-olah akan ada keputusan besar, sedangkan kita perlu mengukuhkan hubungan dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat (PR)," katanya lagi.

Sejurus selepas keputusan Sultan Selangor yang memperkenankan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor, Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim terpaksa terbang ke Terengganu bagi mengadakan perjumpaan dengan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang bagi mendapatkan pandangan PAS berhubung isu Menteri Besar Selangor itu.

Daripada reaksi Anwar selepas pertemuan itu menggambarkan satu petanda positif untuk menyebelahi PKR dan DAP biarpun sejak kebelakangan ini PAS sering diperlekehkan oleh DAP.

Sebelum ini PAS berpendapat Khalid Ibrahim telah menjalankan tugasnya dengan baik dan membawa ekonomi Selangor ke peringkat tertinggi dan tiada sebab untuk membawa masuk Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti Menteri Besar Selangor.

"Sebelum Barisan Nasional (BN) melakukan sebarang tindakan, lebih baik PAS segera memutuskan untuk bersama DAP dan PKR untuk mengukuhkan Pakatan Pembangkang," katanya, dan menambah, Khalid kini bukan lagi menteri besar Pakatan Pembangkang kerana keahliannya sudah dipecat, sekaligus keputusan PAS untuk tidak menyokongnya tidak memberikan kesan.

Beliau berkata, tindakan PAS menangguhkan mesyuarat berkenaan seolah-oleh pendirian parti itu untuk terus bersama PR masih lagi samar-samar sehingga membuatkan penyokong dan rakyat terpaksa menanti keputusan mereka.

Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
August 13, 2014 at 7:04 AM

memang dasar pas menyimpan kebencian melampau terhadap UMNO, oleh itu bila BN sokong Khalid, tentu Pas rasa tercabar. pada Pas mereka lebih berbaloi sokong DAP dan PKR walaupun kedua parti itu mempunyai matlamat berbeza dengan PAS. malah pemimpin Pas terus menerus menanam parasaan cinta, suka hormat di kalangan penyokongnya terhadap DAP dan PKR walaupun tahu parti parti ini sangat hapak. DAP anti melayu islam dan sentiasa meroyan nakkan kuasa, dan mereka bakal meniru PAP singapura. PKR dipimpin oleh si munafik yang sentiasa memuji diri konon sangat islamik tapi sebenarnya sangat keji. jika berkuasa tak tau apa bala yang akan menimpa melayu. PAS tak kan tak tau langsung sifat pemimpin kedua parti jahat ini. tapi pas kaburi dengan pujian palsu terhadap mereka. Sekarang pas kelihatan seperti mereka juga, tamak kuasa dan munafik.

Anonymous
August 13, 2014 at 2:22 PM

Pas terus jadi exco..... Bukti Pas bukan dicucuk DAP... Habis hujah macai bee end.....

Namun jangan risau.... Pakatan akan semakin utuh.... Bee end boleh terlungkup terus pru nanti..

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger