ADUN DAP MULA BUKA PEKUNG DI DADA PAKATAN RAKYAT


Disebabkan cita-cita mereka untuk melantik Presiden PKR, Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor masih belum tercapai, kini matlamat ADUN DAP bersama PKR cuba untuk memburukkan Khalid Ibrahim walau dengan apa cara sekalipun asalkan orang ramai percaya.

Sama ada itu perkara yang benar atau tidak itu tidak menjadi persoalan kerana yang penting rakyat percaya dan mula membenci Khalid Ibrahim dan mula menyayangi Wan Azizah.

Sehubungan itu, tidak hairanlah pelbagai macam dakwaan yang dikemukakan setiap hari biarpun asalnya mereka ini satu pakatan.

Beberapa ADUN DAP mendakwa Khalid Ibrahim menyalahgunakan dana negeri untuk tujuan propaganda peribadi dalam krisis kepimpinan sekarang.

ADUN Damansara Utama, Yeo Bee Yin, Rajiv Rishyakaran (Bukit Gasing) dan Adun Lee Kee Hiong (Kuala Kubu Baru) dalam sidang media bersama mereka berkata, Khalid menyalahguna media seperti Selangorkini dan TV Selangor untuk kepentingan peribadinya bagi mempromosi diri beliau masih layak menyandang jawatan MB.

"Sejumlah RM50 juta digunakan setiap minggu untuk penerbitan media di bawah Communication Corporation Sdn Bhd (CCSB)," kata Rajiv.

CCSB merupakan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri Selangor yang bertanggungjawab menerbitkan laman Facebook dan Twitter Media Selangorku, termasuk akhbar Selangorkini dan laman YouTube TVSelangor, dalam Bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamil.

Mereka berkata CCSB seharusnya berhenti mempromosi Khalid memandangkan beliau tidak lagi menerima mandat sebagai MB setelah 30 ADUN menyatakan sokongan secara terbuka kepada Wan Azizah sebagai pengganti beliau.

"Sebagai GLC kerajaan negeri, kami berharap CCSB menghentikan laporan berat sebelah kepada Khalid dan menentang PKR, DAP untuk menggantikan beliau.

"Jika mahu meneruskan laporan dalam keadaan yang sensitif seperti ini, laporan mereka perlu neutral pro atau menentang Khalid," kata Yeo.

Dakwaan ini tidak akan hanya berhenti di sini dan pastinya akan lebih banyak dakwaan dan pendedahan dibongkarkan yang mengaitkan Pakatan Rakyat.

Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger