UMNO DIPERSALAHKAN DALAM KEMELUT POLITIK SELANGOR


Kecelaruan politik Selangor pada ketika ini yang membabitkan Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim dengan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim kini masuk dalam fasa klimaks dengan mengheret sama UMNO.

Abdul Khalid Ibrahim menempelak Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya tidak mempersoalkan pentadbiran kerajaan negeri kerana dalam parti sendiri, kewibawaan Ketua Pembangkang itu seolah-olah turut dipersoalkan oleh ahli serta pemimpinnya.

Ini susulan daripada kekalahan Khalid Ibrahim dalam Pemilihan Ketua Cabang PKR sehingga memaksa pemimpin PKR dan PAS menyuarakan agar jawatan Menteri Besar Selangor itu dikosongkan bagi memberi muka baharu untuk menerajui Selangor.

Kekalahan Khalid Ibrahim disifatkan sebilangan pemimpin PKR bahawa ahli-ahli PKR sudah tidak percaya lagi dengan kepimpinan Khalid Ibrahim dan harus ditolak.

Begitu pun, Khalid Ibrahim masih berpeluang menebus kemaluan apabila berhadapan dengan Azmin Ali bagi jawatan Timbalan Presiden PKR yang akan dijadualkan diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri.

Dengan mengheret UMNO ke dalam kancah pergolakan politik Selangor telah menyebabkan Pengerusi UMNO yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bersuara.

Najib berkata, apa yang berlaku adalah akibat masalah dalaman yang berpunca daripada keghairahan mereka untuk berkuasa dan tidak sepatutnya dituding kepada pihak lain.

"Dia (pembangkang) tak boleh tuding jari kepada UMNO atau BN. Ini soal masalah dalaman...perebutan dalaman yang berlaku dalam parti pembangkang.

"Saya tak mahu campur sebab ini urusan dalaman pembangkang. Sebaliknya kita akan meneruskan usaha untuk memberi alternatif lebih baik kepada rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu kemelut politik Selangor selepas menghadiri sesi Taklimat Pembangunan Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman di sini petang ini.


Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger