TINDAKAN TEGAS PERLU KE ATAS KECELUPARAN MULUT DR. P. RAMASAMY


Berikutan kenyataan berunsur hasutan secara terbuka oleh Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr. P. Ramasamy yang boleh mengancam keamanan dan keselamatan negara yang dinyatakan, ramai masyarakat mahu pemimpin Pulau Pinang itu diambil tindakan segera.

Bagi bekas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin kenyataan P. Ramasamy itu bertujuan menghasut.

Beliau menyelar keras kenyataan Ramasamy itu sambil mengingatkan peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969 yang berlaku antara Melayu dan Cina adalah akibat politik perkauman dan cauvinisme yang diamalkan DAP serta golongan pelampau kaum pada masa itu.

"Ini kerana golongan cauvinis Cina dan pelampau perkauman pada masa itu telah mempersoalkan serta mencabar hak istimewa orang Melayu di bawah Artikel 153 dan kedudukan Raja-raja Melayu dengan menggunakan slogan Malai-Si (Mati-Melayu) dan ucapan berbentuk hasutan seperti 'Melayu masuk hutan', 'ini negeri Cina sudah kontrol' serta banyak lagi sehingga mengapi-apikan orang Melayu.

"Saya mendesak pihak berkuasa terutama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Peguam Negara supaya lebih agresif dan tegas dalam mengekang dan menguatkuasakan undang-undang bagi mengheret golongan ekstremis serta pelampau agama dan perkauman ke muka pengadilan untuk dikenakan hukuman keras jika sabit kesalahan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan balas Ramasamy itu disifatkan sebagai mencabar Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membawa kembali peristiwa 13 Mei 1969 ekoran peringatan Muhyiddin bahawa peristiwa rusuhan kaum itu boleh berulang jika perpecahan dalam kalangan rakyat tidak dapat dibendung manakala Perlembagaan negara terus dipersoalkan.


Menjadi kelaziman bagi pemimpin Pakatan Pembangkang khususnya DAP yang sentiasa mahu bermain api perkauman dengan menganggap mereka itu sebagai hero.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
July 9, 2014 at 9:57 AM

Ghani setahil nie dah expired! Tak pernah saman pembangkang pun....teruskan cabaran menghina melayu, bila negara jadi huru hara....gani setengah tahil lah kita cari....mana KPI penguam negara

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger