TIMBALAN PENGERUSI DAP JOHOR NORMAN FERNANDEZ LETAK JAWATAN


Disebabkan beliau akan dirujuk ke jawatankuasa disiplin parti, Timbalan Pengerusi DAP Johor Norman Fernandez mengesahkan beliau telah meletak jawatan daripada parti itu berkuat kuasa serta-merta.

"Ya, saya telah melepaskan jawatan," kata beliau kepada Bernama.

Keputusannya untuk meletak jawatan daripada DAP telah disampaikan kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng melalui surat ringkas semalam dan kandungan surat itu dihantar kepada Bernama.

"Kerana menyedari jika terus mengekalkan keahlian dalam parti akan menghalang dan menyekat kebebasan saya untuk menyuarakan pandangan dan kritikan khusus apabila parti terus bergabung dengan PAS," katanya dalam surat itu.

Fernandez, seorang peguam, berkata beliau secara jujur percaya bahawa beliau telah membuat keputusan yang betul untuk keluar daripada DAP.

"Mengakui bahawa tiada siapa yang mengatasi parti, Saya secara jujur percaya bahawa saya telah membuat keputusan yang betul," kata beliau dalam surat kepada Guan Eng.

Pada 6 Julai, Setiausaha DAP Johor, Gan Peck Cheng yang juga anggota dewan undangan negeri Penggaram dalam kenyataan media berkata jawatankuasa negeri telah meluluskan usul untuk merujuk Fernandez kepada jawatankuasa disiplin parti.

Lapan daripada 20 anggota jawatankuasa DAP negeri mengundi menyokong usul itu sementara dua berkecuali, kata beliau.


Cheng berkata usul itu dikemukakan ekoran tiga komen yang dibuat oleh Fernandez dalam laman Facebook yang menjejaskan imej parti di mata masyarakat. 
Share this article :
 

+ comments + 4 comments

Anonymous
July 9, 2014 at 1:55 PM

Pakatan akan semakin kukuh dengan perubahan pemimpin yg berlaku.

Jangan jadi bee end yg mengekalkan geng2 tua. Kalau tua, berilmu dan jujur ok gak. Ini tidak........ geng tua yang TAMAK.

Anonymous
July 9, 2014 at 2:39 PM

jangan lupa pr apa kurangnya!
apakah anwar,lim kit siang,nik aziz serta hadi awang tu masih muda remaja.tidak tamak,anak bini menantu semua ada!

Anonymous
July 9, 2014 at 3:49 PM

Orang tua dalam PKR...

tak da kekayaan macam pemimpin bee end yg anak bini kaya raya tujuh keturunan makan tk habis.

tak da isteri yg melaram sana sni habiskan harta rakyat.

tak da sedara mara ikut kaya raya.

tak da rumah mahligai.... kat oversea lagilah tak ada.

tak da kereta mewah berderet2..... ada pun kerajaan negeri punya..

nak tamak ape2...... silap2 satu keluarga boleh masuk penjara dikerjakan amano....

Anonymous
July 13, 2014 at 6:44 PM

bull shit...

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger