TIDAK SEMUA RAKYAT AMERIKA SYARIKAT SOKONG ISRAEL


Kekejaman yang berlaku ke atas rakyat Palestin oleh askar Regim Israel benar-benar telah menyebabkan masyarakat dunia mengutuk Israel sebagai penjenayah perang.

Hanya, mereka yang mempunyai kepentingan dunia seperti Amerika Syarikat dan Singapura sahaja yang menyokong Israel dengan menyalahkan Palestin dalam kejadian terbaru ini.

Namun, bukan semua menyokong tindakan Amerika Syarikat yang memberikan sokongan ke atas keganasan yang dilakukan oleh Israel terhadap Palestin.

Seorang wartawan sebuah stesen televisyen RT, Abby Martin mengecam dan mengutuk keras tindakan AS yang menyebelahi Israel yang melancarkan perang ke atas Gaza dan Tebing Barat sehingga mengorbankan ratusan nyawa penduduk yang tidak berdosa termasuklah wanita dan kanak-kanak.


Abby dalam sebuah program televisyennya berkata, dalam 24 jam terakhir, tentera Israel telah membuat serangan udara ke atas 160 kawasan di Gaza dan menurut Pasukan Pertahanan Israel (IDF), secara keseluruhannya, sebanyak 560 kawasan di tanah Gaza telah dibom oleh rejim Israel.

“Kita sedia maklum bahawa Gaza adalah antara kawasan yang paling padat di bumi dengan lebih 1 juta penduduk, sebarang serangan udara hampir pasti akan membunuh orang awam.

“Mengikut Menteri Perumahan dan Kerja Raya, sekurang-kurangnya 50 perumahan telah dimusnahkan buah masa ini manakala 1,700 rumah lagi dilaporkan rosak,” katanya.

Menerusi programnya, Abby memuatnaik kenyataan terdahulu oleh Setiausaha Media White House, Josh Earnest yang dikatakan mengutuk Palestin dan menyatakan sokongan berterusan terhadap keganasan yang dilakukan ke atas Gaza.

“Kami mengutuk sekeras-kerasnya serangan roket berterusan ke atas Israel, dan dengan sengaja mensasarkan serangan kepada orang awam oleh sebuah organisasi pemberontak dari Gaza.

“Tidak ada negara yang boleh menerima roket yang disasarkan kepada orang awam, kami beri sokongan kepada Israel untuk mempertahankan negara mereka daripasda serangan ganas ini.

“Pada waktu yang sama, kami menghargai panggilan secara terbuka yang dibuat oleh Presiden Netanyahu untuk bertindak secara bertanggungjawab,” kata Earnest melalui kenyataan yang dibuat dalam sebuah sidang media.

Melalui kenyataan tersebut, Abby mempersoalkan integriti Israel yang kononnya telah bertindak secara bertanggungjawab dengan menghantar serangan roket ke arah penduduk di bumi Palestin.

“Jadi kerajaan AS boleh terus mengatakan hak Israel untuk mempertahankan negara, tapi lihatlah peningkatan jumlah korban di Gaza, di mana tiada seorang pun warga Israel yang terkorban dari serangan roket Hamas.

“Adakah merobohkan rumah, membuat tangkapan besar-besaran dan mengebom orang awam dikatakan sebagai ‘bertindak secra bertanggungjawab? Saya harus fikirkan berapa ramai pula orang yang akan mati demi mentakrifkan ‘tindakan yang tidak bertanggungjawab,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Abby Martin melalui sebuah status yang dimuat naik melalui Facebook dan Twitternya hari ini mengatakan dia telah menerima laporan makluman bahawa seseorang yang tidak dikenali dengan alamat IP dari White House, Washington cuba menggodam laman Wikipedianya dan  menggelarkannya sebagai ‘penyebar propaganda Russia’.


Dia percaya penggodaman itu berlaku susulan dari penyebaran slot programnya yang mengutuk kerajaan AS secara terang-terangan melalui stesen televisyennya.
Share this article :
 

+ comments + 3 comments

Anonymous
July 16, 2014 at 4:00 PM

Malangnya rejim-rejim Barat sudah dikuasai ZIONIS/Israel!

REJIM-REJIM BUAS si Barat-ZIONIS/Israel asyik boleh menyerang/menjajah/merompak Dunia Islam yg. kaya minyak-gas dgn. membunuh/menyiksa sesuka hati umat Islam secara beramai (Genocide), termasuk kat Palestin, Syria, Nigeria dan Iraq, dgn. strategi mencipta pengganas 'Islam' cthnya Al-Qaeda dan Boko Haram - dan semua ni tak pula dihentam si UN-DAJAL tu! (lihat di http://www.globalresearch.ca/fighting-al-qaeda-by-supporting-al-qaeda-in-syria-the-obama-administration-is-a state-sponsor-of-terrorism/5339728, Fighting Al Qaeda by Supporting Al Qaeda in Syria: The Obama Administration is a “State Sponsor of Terrorism”, By Prof Michel Chossudovsky, Global Research, June 19, 2013; dan di http://www.presstv.ir/detail/2014/05/14/362619/is-boko-haram-a-psyop/ , Is Boko Haram a psy-op?; By Dr. Kevin Barrett, May 14, 2014)!

Jadi apahal si KAPIRDAJAL dari UN (yg. dikuasai Barat-ZIONIS), dibiaqkan MENYIBUK masuk campur kat NEGARA ISLAM kita ini termasuk dlm. PEMBANGUNAN negara – dan memaksa kita menggalakkan industri ‘mega’ (sebenaqnya disyaki nak menggalakkan kita masuk TPPA Barat-ZIONIS-JAHANAMlah lah tu dan pelaburan multinasional asing yg. terus MENGGADAIkan HAK dan TANAH PUSAKA Bumiputera Islam/Melayu kat NEGARA ISLAM ini) – lihat di http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20140703/ek_01/Malaysia-perlu-banyak-projek-mega , Malaysia perlu banyak projek mega)! Lagipun UN ni (tengok berapa umat Islam yg. dilantik pegawai tertinggi

Dan di mana pula dasar undang-undang dan falsafah “demokrasi-hak asasi KESAMAAN-KEBEBASAN" si Barat-ZIONIS, pada Dunia Islam/umatnya?! Jadi apalah yg. kita sbg. NEGARA ISLAM, takut sgt. dgn. GERTAKAN si KAPIRDAJAL Barat-ZIONIS termasuk bawah SENJATA mereka iaitu birokrasi UN/International Criminal Court(ICC)/international Court of Justice (ICC)?! UN itu pun (tengok berapa umat Islam yg. dilantik pegawai tertinggi UN itu - kalau adapun yg. amat sedikit, yg. jenis LIBERAL-PENYANGAK!) - kdg-kdg BERPURA-PURA nak buat siasatan kat jenayah perang oleh si Barat-ZIONIS, tapi supaya Dunia Islam pun terus TERTIPU dan DIAM!

Sepatutnya Dunia Islam kuatkan peranan, pengaruh dan kuasa Org. of Islamic Co-operation (OIC) sesama negara Islam dan BERSATU di UN; utk. membela nasib Dunia Islam/umatnya , dari terus dirompak, dibunuh dan diJAJAH dlm. GENOSID yg. berterusan, oleh Barat-ZIONIS/Israel serta ejen-ejen tempatan mereka!

Makcik Sambal Belacan.

zethro
July 16, 2014 at 8:23 PM

Persatuan Bangsa2 Bersatu(PBB) tido. Patutnya kite kene bg pressure kat PBB utk setidak2nya berperanan dlm memberhentikan serangan Yahudi ke atas Palestin.

OIC mangkuk takde telur nak mengambil peranan utk saudara Islam sendri bak kata Tun M.

Anonymous
July 17, 2014 at 11:30 AM

Bukan semua rakyat negara menyokong pemimpin bee end yg pura2 benci Israel tapi negara masih berurusan dengan negara itu. Siap bentang permaidani merah kepada negara sekutunya....

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger