SULTAN SELANGOR PERKENAN KHALID IBRAHIM SEBAGAI MENTERI BESAR SELANGOR SEHINGGA AKHIR PENGGAL


Hasrat Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor dalam masa terdekat ini dijangka tidak akan menjadi kenyataan.

Ini disebabkan Menteri Besar Selangor sekarang Khalid Ibrahim telah berjumpa dan memaklumkan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengenai situasi yang berlaku sekarang berhubung jawatan Menteri Besar Selangor.

Sebelum ini Wan Azizah telah mendapat perkenan daripada suaminya, Anwar Ibrahim yang juga Ketua Umum PKR dan Pengerusi DAP dan Presiden PAS untuk menjawat jawatan Menteri Besar Selangor.

Bagi Khalid Ibrahim yang juga ADUN Pelabuhan Klang itu menegaskan sekali lagi tidak akan berundur ataupun melepaskan jawatannya meskipun mendapat desakan pucuk pimpinan parti.

Khalid Ibrahim turut berjanji dengan Sultan Selangor, untuk bekerja sehingga khidmatnya tidak diperlukan lagi sebaik sahaja mandat sebagai menteri besar berakhir.

“Saya sendiri sudah berkata kepada baginda tuanku untuk bekerja sebaik mungkin sehingga habis penggal...bahkan sudah keluarkan kenyataan sebelum ini bagi mana-mana pihak yang mahu saya berundur, kena patuh enakmen.

“Saya tegaskan, baginda tuanku memandang serius perkara ini dan yang paling penting baginda mahu pentadbiran yang amanah, teguh dan bertanggungjawab untuk rakyat Selangor,” katanya yang enggan mengulas ‘perbincangan’ yang dibuat bersama Sultan Selangor pada majlis berbuka puasa semalam.

“PKR tidak seharusnya membelakangkan enakmen dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri, khususnya mengenai tatacara pelantikan atau penggantian menteri besar.

“Saya percaya mereka yang terlibat dalam usaha ini perlu melalui proses tersebut untuk mencapai matlamat yang mereka inginkan.


“Sehingga proses tersebut berlaku dan selesai, saya akan terus menjalankan tugas sebagai menteri besar,” katanya.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger