SINGAPURA DESAK HAMAS HENTIKAN SERANGAN ROKET KE ATAS ISRAEL


Ketika ini ratusan rakyat Palestin di Semenanjung Gaza melibatkan kanak-kanak, orang tua, wanita dan orang dewasa yang cedera dan mati angkara bedilan roket daripada rejim Zionis Israel.

Namun begitu tiada sebarang usaha daripada mana-mana negara untuk bertindak melindungi penduduk Israel sebaliknya hanya bersuara mengutuk serangan rejim Zionis itu.

Banyak negara yang mengutuk serangan rejim Zionis itu, tetapi ada negara yang melihat serangan rejim Zionis itu sebagai perkara biasa.

Singapura hari ini mengeluarkan kenyataan meminta Hamas menghentikan serangan roket dengan serta-merta terhadap Israel.

"Serangan roket mesti dihentikan dengan serta-merta," kata Kementerian Luar republik itu di dalam satu kenyataan hari ini menyusuli pertanyaan media Singapura.

Kenyataan itu bagaimanapun gagal mengecam atau mengutuk serangan udara rejim Zionis yang mensasarkan kawasan penempatan awam di Semenanjung Gaza, berikutan penculikan dan pembunuhan tiga remaja Yahudi baru-baru ini.

Di dalam masa yang sama, kenyataan itu menyebut Singapura meminta Israel menunjukkan kesabaran dan berbuat apa sahaja untuk memastikan tiada nyawa awam hilang di dalam tindakan ketenteraannya.


Singapura yang mempunyai hubungan diplomatik, ekonomi serta pertahanan yang amat baik dengan Tel Aviv juga mahukan kedua-dua pihak berbuat apa sahaja untuk mengendurkan ketegangan yang berlaku kini dan berusaha mencapai gencatan senjata serta memelihara nyawa masyarakat awam. 

Baca lagi di SINI
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger