SIAPAKAH ‘PIHAK’ YANG CUBA SABOTAJ BEKALAN AIR MENTAH DI SELANGOR?


Isu terbaru yang membabitkan cubaan sabotaj oleh pihak yang tidak bertanggungjawab terhadap usaha kerajaan memastikan bekalan air mentah yang cukup sepanjang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri mempunyai kaitan dengan isu peralihan kuasa jawatan Menteri Besar Selangor.

Sekiranya sabotaj itu dapat dilakukan, pastinya ada pihak yang akan cuba menunding jari terhadap pemerintahan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim.

Exco Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awamnya, Dr Ahmad Yunus Hairi mendakwa kejadian jam 3 pagi Sabtu lalu,  petugas pengendali pam-pam di kawasan Horas Bestari Jaya telah diugut sekumpulan samseng yang bersenjata.

"Cubaan sabotaj ini telah mengakibatkan operasi pengepaman air dari Horas ke sungai terganggu selama lima jam dan mengakibatkan pengeluaran air sebanyak 70 juta liter padu tergendala.

"Ketika ini pasukan daripada Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang bekerja keras melakukan operasi pengepaman agar bekalan air mentah tidak terjejas," katanya dalam satu kenyataan medianya, semalam.

Dalam pada itu, Ahmad Yunus berkata pihaknya sudah membuat laporan polis mengenai kejadian itu di Balai Polis Bestari Jaya.

"Kerajaan negeri berharap pihak polis akan meningkatkan keselamatan di kawasan berkenaan dan melakukan siasatan secepat mungkin agar perkara ini tidak berulang," katanya.

Sekiranya sesuatu kejadian melibatkan samseng atau kongsi gelap pastinya ia berkemungkinan besar melibatkan ‘parti’ dalaman Pakatan Pembangkang yang pernah terlibat dalam pemilihan parti baru-baru ini.


Apa pun biarlah polis menyiasat perkara ini agar ia tidak akan berulang dan pastinya mempunyai kronologi cerita yang menarik untuk dianalisis bersesuaian dengan isu pertukaran Menteri Besar Selangor.
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

July 29, 2014 at 6:31 PM

Kesian dengan TS Khalid.

Anonymous
July 29, 2014 at 10:40 PM

Dah mcm yahudey

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger