SELEPAS PKR SARAWAK GILIRAN PAS PULA TAMPIL BUAT KENYATAAN BALAS DAP SARAWAK


Dalam usaha menyelamatkan Pakatan Pembangkang Sarawak giliran PAS Sarawak pula tampil buat kenyataan media bagi menjawab segala tuduhan dan tohmahan DAP yang mengugut mahu keluar daripada Pakatan Pembangkang.

KENYATAAN MEDIA PAS SARAWAK TERHADAP RESOLUSI DAP SARAWAK

PAS Sarawak ingin merujuk dan memberi maklumbalas berkenaan dengan resolusi yang dibuat oleh DAP Sarawak semalam dan mengapa mereka perlu bersama dalam Pakatan Rakyat serta tidak menggunakan isu hangat pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1993 (Hudud di Kelantan) yang boleh mengelirukan orang awam.

Seperti yang semua sedia maklum, Hudud di Kelantan telah diluluskan sebelum kewujudan Pakatan Rakyat (PR).

Hudud di Kelantan hanya akan dilaksanakan di Kelantan, bukannya di Sarawak seperti mana yang dimaklumkan menerusi Resolusi oleh DAP Sarawak semalam, maka semua isu yang dibangkit oleh DAP Sarawak tiada kaitan langsung dengan pemakaian dan perlaksanaannya di Sarawak.

Dari segi demokrasi untuk mewujudkan suatu undang-undang sebagai contohnya Enakmen Hudud dalam Sarawak memerlukan pindaan Perlembagaan Sarawak di mana 2/3 undi dari kalangan ADUN di Sarawak adalah diperlukan.

Kelantan termaktub kepada keputusan Kerajaan Negerinya untuk melaksanakan Hudud di Kelantan dan Dap Sarawak tidak berhak menyoal keputusan tersebut dan ini adalah termaktub dalam kuasa sesebuah kerajaan Negeri.

PAS juga tidak pernah menghalang mana-mana penganut agama di Malaysia untuk mengaplikasikan cara hidup beragama masing-masing kerana itu adalah hak dan peruntukan di dalam perlembagaan. Namun, ianya hendaklah melalui proses demokrasi dan sistem berperlembagaan Malaysia.

Berkenaan dengan "ugutan" untuk keluar daripada Pakatan Rakyat (Sarawak) oleh DAP? Sarawak, maka pihak PAS Sarawak ingin memaklumkan bahawa PAS sama sekali tidak mengkhianati perjanjian dan agenda bersama Pakatan Rakyat sepertimana yang termaktub di dalam Buku Jingga. PAS adalah sebuah parti yang dikenali dengan semangat Setiakawan dengan rakan-rakan Pakatannya sejak Barisan Alternatif lagi. PAS tidak pernah keluar atau mengugut rakan-rakan sealternatif pada masa itu dan ianya kekal menjadi fakta dan sejarah politik di Malaysia.

PAS Sarawak ingin menegaskan bahawa setiap langkah yang tidak bijak akan membinasa sesebuah organisasi. PAS tetap akan memberi kerjasama dengan rakan PR lain sekiranya mereka masih memerlukan.

PAS tetap konsisten di dalam memperjuangkan hak untuk semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.

PAS Sarawak berharap dan berdoa sempena bulan Ramadhan yang mulia ini agar isu ini dapat diselesaikan dan dibincang secara dalaman agar hubungan dalam PR terus kukuh dan tetap menjadi pilihan rakyat setiap masa. Akhir kata, ketahuilah fokus utama kita adalah untuk menumbang dan mengalahkan BN/PBB di dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak nanti. 

Untukmu Sarawak, Mansang Ngelaban!

Hj ADAM AHID
Pesuruhjaya PAS Sarawak

Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger