RAFIZI RAMLI TUDUH PAS KHIANATI PERJUANGAN PAKATAN RAKYAT


Seperti biasa, kemunculan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli pasti akan mencetuskan kontroversi yang pastinya bertujuan mempertahankan PKR dan Anwar Ibrahim.

Kebocoran paparan skrin perbualan PAS Pusat di media Whatapps telah membuatkan Rafizi Ramli melenting dan menuduh PAS mengkhianati Pakatan Rakyat.

Lebih dahsyat lagi, Rafizi menuduh PAS yang dianggap sebagai parti Islam tetapi tidak mengamalkan ajaran Islam seperti yang selalu dipergunakan pemimpin BN kepada PAS.
Tanpa segan silu Rafizi Ramli menuduh PAS masih mengamalkan politik perkauman yang sempit.

Menurut Rafizi lagi, pandangan cadangan dan pertimbangan Dr Zuhdi ini melanggar pelbagai dasar, ketetapan dan perjanjian yang dibuat oleh PAS – baik secara dalaman atau dengan rakan-rakan politik dan NGO lain.

Perbezaan pendapat memang dibenarkan di dalam mana-mana organisasi. Namun, pendapat dan sentimen yang dizahirkan oleh Dr Zuhdi memberi gambaran bahawa masih ada unsur khianat kepada prinsip Pakatan Rakyat di dalam pucuk pimpinan PAS walaupun PAS mendapat laba besar dari kebersamaan di dalam Pakatan Rakyat,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Kenyataan keras Rafizi itu dibuat selepas tersebarnya paparan skrin aplikasi WhatsApp perbincangan AJK PAS Pusat mengenai strategi parti itu berhubung isu Menteri Besar Selangor.

Menerusinya, seorang AJK PAS Pusat yang juga Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki dilihat mengemukakan pandangan dan saranan jika PAS mahu keluar daripada Pakatan Rakyat.

Mengulas lanjut Rafizi turut menuntut penjelasan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang sama ada terdapat lebih ramai kepimpinan tertinggi PAS yang mengamalkan politik perkauman dan anti demokrasi.

“Berapa ramai lagi dari kalangan pimpinan pusat PAS yang berpandangan perkauman dan anti demokrasi seperti ini supaya kita tahu pendirian mereka, bukannya bermuka-muka di depan dan mengutarakan cadangan yang khianat kepada Pakatan Rakyat dalam perbincangan tertutup seperti Dr Zuhdi?
 
“Selain itu, apakah tindakan disiplin terhadap Dr Zuhdi yang akan diambil oleh PAS apabila mengutarakan cadangan yang khianat ini?” soalnya.

Jelas sekali Rafizi cuba bermain api dengan PAS yang mana sebelum ini PKR banyak bergantung kepada PAS dalam meraih undi waktu pilihan raya.

Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger