#PrayMH17 RAFIZI RAMLI DIMINTA BERI BUKTI TWEETNYA ITU PALSU


Persidangan Khas Dewan Rakyat semalam kecoh apabila Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Wee Ka Siong enggan menarik balik kenyataannya yang mengatakan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mendakwa Malaysia merasuah militan Ukraine untuk menyerahkan kotak hitam MH17.

Bagaimanapun Rafizi bangkit mempertahankan dirinya sambil menafikan dakwaan tersebut kerana ia adalah kenyataan palsu yang disebarkan di media sosial mengguna pakai akaun Twitter palsu beliau.

Rafizi meminta Ka Siong untuk menarik balik kenyataannya.

Bagaimanapun, Rafizi enggan memberikan bukti bahawa akaun tweetnya itu palsu. Malah ada yang menganggap tweet Rafizi itu telah dipadamkan daripada akaun twitternya.

Tindakan Rafizi itu kemudiannya ditegur oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Ronald Kiandee yang mengatakan arahan untuk menarik balik tuduhan itu hanya boleh dibuat oleh beliau dan bukannya Pengarah Strategi PKR itu.

Belum reda dengan tindakan tuduh-menuduh itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad turut bangkit mendesak Ka Siong menarik balik dakwaan itu.


Pertikaman lidah itu mengundang suasana tegang hampir lima minit ketika sesi perbahasan usul mengenai tragedi malang yang menimpa pesawat MH17 pada Persidangan Khas Dewan Rakyat.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
July 24, 2014 at 11:12 AM

PONDAN OH PONDAN.....ingat sebab jual jubuq kat abang non masa zaman sekolah, dia BERHAK menjadi seorang ahli politik LONGKANG yang berjawatan tinggi dalam parti JUBURI ke?

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger