RAFIZI RAMLI DAKWA KOMPLOT SEBARKAN KHIDMAT PESANAN RINGKAS MB SELANGOR LETAK JAWATAN ANGKARA UMNO




Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menafikan beliau terlibat dengan komplot menyebarkan berhubung pertukaran isu Menteri Besar Selangor.

Malah beliau juga mendakwa taktik itu dilakukan oleh 'lawan politik' mereka yang dipercayai merujuk kepada Umno.

Rafizi menjelaskan, beliau perlu mengambil masa untuk menyemak segala kenyataan dan laporan polis yang dibuat dan hampir kesemuanya dilakukan oleh mereka yang bukan ahli parti itu.

"Ini adalah jalan biasa yang digunakan lawan politik kami, maknanya kalau ada apa-apa isu mereka akan gunakan individu yang tidak dikenali untuk buat laporan polis.

Jadi tidak perlulah saya layan kerana itu adalah permainan biasa lawan politik kami," katanya sidang media di ibu pejabat PKR.

Pada Sabtu lalu, satu laporan polis telah dibuat oleh sebuah NGO iaitu Pakatan Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (Pasmeb) terhadap beberapa pemimpin tertinggi PKR yang dipercayai mempunyai kaitan dalam penyebaran berita palsu peletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ahli Jawatankuasa Pasmeb, Wan Adnan W Ab Rahman berkata, beliau menamakan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani, Adun Batu Caves Amirudin Shari dan Adun Seri Muda Shuhami Shafie sebagai dalang di sebalik penyebaran berita palsu itu.


Sumber: Sinar Harian
Share this article :
 

+ comments + 4 comments

Anonymous
July 15, 2014 at 3:32 PM

senang giler mamat ni tuduh n lari dari tangungjawab...ahli parti salahkan dia, tiba2 umno yg tak terlibat pun dalam percaturan politik pkr dituduh...bangsat politician..

Anonymous
July 15, 2014 at 3:48 PM

Semuanya nak salah kan UMNO.... macam lah Pakatan Rakyat betul sangat.. sendiri punya pasal... sendiri la tanggung. Bukannnya menyalahkan pihak yang lain

July 15, 2014 at 6:41 PM

hoi rafizi, kalau kau yang berak, benda yang keluar dari bontot kau tu mestilah TAIK KAU. apahal pulak kau tuduh itu taik umno. kau ni sebenarnya dah panas punggung sebab semakin kantoi...!!!

Anonymous
July 21, 2014 at 12:38 AM

wakakakakaka lawak-lawak...dah terang lagi bersuluh...rafizi ni tak boleh masuk maharaja lawak...kena masuk bintang mencari bintang..

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger